DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

7 Makanan Elak Kejang Kaki Tarik Mengkarung

7 Makanan Elak Kejang Kaki Tarik Mengkarung

ADEHH! BANGUN PAGI TARIK MENGKARUNG

Kaki saya sakit sangat masa bangun pagi. Rasa kekejangan dekat betis. Suami saya bawa sy terus ke klinik. “Doktor, benda ni selalu terjadi dekat saya. Selain regangan, bagaimana saya boleh atasinya tanpa bergantung penuh dengan ubat tahan sakit?” Keluh saya.

Beria saya nak dengar. Doktor tu jawab senang je.

“Dengan Makanan.” Kata doktor tu pada kami.

✅ Keledek
Terdapat kalsium, magnesium dan potassium yang membantu di dalam melegakan kekejangan

✅ Tembikai
Membantu meningkatkan hidrasi otot. Ramai yang mengalami kekejangan otot biasanya tidak cukup hidrasi.

✅ Susu
protein dalam susu dapat membantu di dalam proses pemulihan tisu otot.

✅ Kekacang
Sumber magnesium yang baik. Magnesium diperlukan dalam perhubungan saraf dan otot. Jadi kekurangan Magnesium selalu dikaitkan dengan kekejangan otot.

✅ Sayur hijau berdaun gelap
Sumber kalsium dan magnesium. Kalsium yang rendah dalam darah berkait dengan kekejangan otot. Jadi selain susu, sayur hijau berdaun gelap seperti brokoli, kale, bayam, chard dan lain-lain.

✅ Jus oren & tomato
Meningkatkan hidrasi dan tinggi potassium. Selain kalsium dan magnesium, potassium juga penting untuk mencegah otot kejang. Ianya terlibat dalam hubungan saraf dari otak ke otot.

✅ Air putih
Membantu meningkatkan hidrasi otot dan badan. Pernah lihat orang berlari tiba-tiba kejang otot? Ianya boleh disebabkan kurangnya air dalam badan. Tanpa air yang mencukupi, anda berpotensi untuk kekejangan. Minumlah satu gelas sebelum tidur.

Begitulah cerita doktor kepada kami. Semoga ianya membantu. Boleh share tidak perlu minta kebenaran.

Public Health Malaysia.
Jom ajak kawan-kawan sekali join telegram

@GayaSihatCantik

2 thoughts on “7 Makanan Elak Kejang Kaki Tarik Mengkarung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.