DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

7 Makanan Perlu Dielakkan Penghidap Cyst/Fibroid

7 Makanan Perlu Dielakkan Penghidap Cyst/Fibroid

1. Gula Ringkas (Refined Sugar)

Pantang utama cyst, fibroid dan sebarang ketumbuhan abnormal ialah gula ringkas. Pengambilan gula ringkas yang tidak dikawal akan mengaktifkan sel sel ketumbuhan dan menyebabkan ia semakin membesar. Elakkan makanan manis dan bergula yang semakin menjadi trend dizaman ini. Gula adalah punca sistem tubuh cepat mengalami kerosakan.

2. Jeruk

Jeruk mengandungi bahan pengawet makanan untuk proses penapaian dan menggunakan kadar gula yang sangat tinggi semasa pembuatannya. Elakkan dari makan jeruk dan manisan yang tinggi gula ini kerana ia membantu mempengaruhi pertumbuhan cyst dan fibroid.

3. Daging merah

Daging merah antara makanan yang berkhasiat. Seperti daging lembu dan kambing ia merupakan sumber protien yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi meraka yang sihat sekali pun, ia tidak boleh diambil secara kerap dan berterusan kerana ia mengandungi kolesterol. Protien dari daging merah juga berupaya untuk mengaktifkan sel sel abnormal seperti cyst dan kanser. Jadi, penghidap cyst adalah sgt tidak digalakkan mengambil menu daging dalam makanan harian mereka.

4. Daging proses

Processes food adalah makanan yang harus dielakkan oleh penghidap cyst dan juga bagi mereka yang menjaga kesihatan. Daging proses adalah seperti sosej, nugget, dan daging burger sangat tinggi bahan pengawet dan tidak seharusnya diamalkan.

5. Kentang goreng atau chips

Satu lagi makanan perlu dielakkan penghidap cyst atau fibroid ialah kentang gorang dan chips kentang. Makanan ini sangat tinggi kandungan garam dan minyak. Walaupun ia sedap dimakan, tetapi ia juga mampu meningkatksn saiz cyst anda!.

6. Makanan dalam tin

Ok, yang ini terang terang sudah tidak berkhasiat. Makanan dalam tin juga telah dicampur dengan bahan pengawet agar ia mempunyai jangkahayat yang lama.
Tetapi, pengawet tersebut adalah sangat memberikan kesan kepada keaktifan sel sel cyst dan fibroid anda. Belajar untuk makan dari sumber yang segar.

7. Air karbonat

Terakhir sekali ialah air berkarbonat, kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat sangat merbahayakan kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.