DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

7 Petua Melawaskan Kencing

7 Petua Melawaskan Kencing

1. Rebus beberapa helai daun sirih dan minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari.

2. Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ia dapat menyembuhkan rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan juga dapat menyejukkan badan.

3. Ambilkan air basuhan beras yang terakhir,kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas. Minumlah air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

4. Ambil sebiji nenas yang kurang masak,kupaskan kulitnya,bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Kemudian ambil 2 potongan nenas tersebut dan kisarkan bersama 2 gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

5. Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada urine yang tertinggal.

6. Anda boleh buat squat jump, iaitu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini bertujuan memperkuatkan otot-otot punggung.

7. Pastikan anda mengambil zat yang mencukupi dan sempurna untuk tubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.