DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

8 Manfaat Detox Untuk Sihat

8 Manfaat Detox Untuk Sihat

Banyak manfaat yang kita akan dapat kalau kita berjaya untuk menjalani sesi detox dengan betul.

1. Berat badan mudah turun

ini disebabkan toksin dalam badan telah dikeluarkan semasa proses detox. Selepas detox proses penurunan berat badan menjadi lebih senang. Perut menjadi lebih kurus dan ramping

2. Kulit semakin cantik dan bebas jerawat

Bila toksin telah tiada dalam badan, jerawat bukan sahaja di muka malah disemua bahagian badan akan berkurangan dan beransur hilang.

3. Fizikal lebih muda

Lepas detox kita akan menjadi lebih cergas. ini disebabkan organ dalaman seperti hati, usus dan darah telah dibersihkan dari toksin. Badan juga menjadi lebih ringan dan kita akan rasa lebih sihat.

4. Mulut dan badan tidak berbau lagi.
Ini disebabkan toksin dalam badan telah disingkirkan dari badan kita.

5. Kitaran haid teratur

Untuk wanita, lepas detox kitaran haid lebih teratur. Peluang untuk hamil yang sukar hamil menjadi lebih baik. Ini disebabkan kitaran haid yang lebih teratur memudahkan lagi proses untuk hamil.

6. Sukar mendapat penyakit kronik.

Ini disebabkan semasa detox kita telah mengambil banyak air untuk menyahkan toksin dari badan. Detox juga membersihkan organ penting hati dan juga usus serta darah. Peluang untuk mendapat penyakit kronik adalah sukar.

7. Menghindarkan migrain.

Lepas habis sesi detox migrain akan berkurangan dan beransur hilang. ini disebabkan darah kita telah dicuci semasa detox

8. Angin dalam badan hilang

Selepas sesi detox angin dalam badan akan berkurangan dan hilang. Ini adalah pengalaman sendiri. Selepas detox tiada lagi sendawa. Badan terasa lebih ringan dan segar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat