DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

8 Panduan Makan Malam Yang Sihat

8 Panduan Makan Malam Yang Sihat

Makanan malam yang sihat sebenarnya macam mana?

Ha mesti ramai yang tertanya tanya kan macam mana sebenarnya makan malam yang sihat ? Nak makan ape , nak masak ape untuk keluarga. Admin pun pernah tertanya dekat sini sendiri soalan tu. Mesti anda pernah dengar satu pepatah yang berbunyi “you are what you eat” yang bermaksud fizikal kita melambangkan makanan harian kita.

Percaya atau tidak , itulah fakta yang menunjukkan kenapa rakyat Malaysia ramai obesiti kerana kedai yang menjual makanan malam yang sedap sangat banyak di negara kita. Kadang kadang kedai tu ibarat memanggil kita menuju ke sana kan ? Haha

Jadi hari ni admin nak berkongsi dengan anda semua panduan untuk makanan malam supaya kita boleh pilih untuk makanan yang lebih sihat.
Panduan makan malam yang sihat:

1. Utamakan makanan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
2. Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak.
3. Ketahui saiz hidangan makan malam seharusnya membekalkan anda 400 hingga 500 kalori.
4. Waktu makan malam paling sesuai 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya berasa lapar dan tidur lewat, pilih buahan, roti, biskut atau susu suam sebagai snek.
5. Tidak digalakkan ambil makanan lewat malam.
6. Elak makan malam sambil menonton televisyen.
7. Elakkan teh atau kopi selepas makan malam kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur.
8. Jika menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan saiz hidangan kecil, pilihan makanan sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong.

Setelah membaca panduan ini saya pasti anda pun dah tahu ape yang nak dihidang untuk waktu malam bersama keluarga. Tak perlu lagi nak pening kepala fikir juadah yang sesuai untuk santapan malam kan ?

Tapi admin faham ada waktunya kita akan terlebih makan. Tambahan kalau ada jamuan atau perayaan dan perjumpaan ahli keluarga. Pasti makanan tu penuh je atas meja . Kadang nak tolak pun tak sampai hati.

kredit : myfibergrand

Leave a Reply

%d bloggers like this: