DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

8 Risiko Penyakit Jantung

8 Risiko Penyakit Jantung

RISIKO PENYAKIT JANTUNG KEPADA GOLONGAN INI

1. Penyakit jantung menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalaminya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III).

2. Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok.

3. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.

4. Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada teramat sangat – ini dikenali sebagai angina.

5. Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, platelet berkumpul di kawasan yang cedera dan membentuk darah beku.

6. Akhirnya, darah beku menghalang aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung.

7. Darah beku yang menghalang aliran darah ke otak pula dipanggil strok.

8. Golongan yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, penyakit tekanan darah tinggi, paras kolesterol darah tinggi, diabetes dan mereka yang suka merokok adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

Leave a Reply

%d bloggers like this: