DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

8 Tips Menjaga Buah Pinggang

8 Tips Menjaga Buah Pinggang

Tip #1 – Minum Air Mencukupi
Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan sebagainya.

Tip #2 – Elakkan Mi Segera
Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang. Anda boleh gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei.

Tip #3 – Elakkan Minuman Berperisa Dan Lebihkan Minum Berjus
Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa. Minum teh di kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Sebaiknya amalkan minuman berjus yang di ‘blend’ sendiri seperti jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang.

Tip #4 – Kurangkan Coklat
Pengambilan coklat perlu diminimakan, contohnya pengambilan air milo boleh digantikan dengan horlick. Elakkan dari mengambil minuman bergas kerana ia mengandungi paras gula yang sangat merbahaya yang boleh mmerosakkan buah pinggang.

Tip #5 – Elakkan Ayam Daging dan Lebihkan Ikan Dalam Menu Harian
Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Ataupun anda mengambil ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung dan sardine. Makan jenis ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Tip #6 – Kurangkan Makanan Tinggi Gula Dan Garam
Kurangkan pengambilan makanan sudah proses, tinggi kandungan gula dan garam. Sebaiknya lebihkan sayuran dan buahan.

Tip #7 – Elakkan Merokok
Merokok boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang termasuk juga kepada mereka yang terdedah kepada asap rokok. Elaklah merokok di tempat awam ataupun BERHENTI MEROKOK!

Tip #8 – Jalani Hidup Yang Aktif
Selain dari perkara di atas, menjalani kehidupan yang lebih sihat sangat diutamakan. Menjaga pemakanan disamping melakukan aktiviti kecergasan untuk mengelakkan obesiti yang boleh menyebabkan terkena pelbagai penyakit.

Leave a Reply

%d bloggers like this: