8 Tips Merawat Resdung Secara Tradisional

8 Tips Merawat Resdung Secara Tradisional

8 Tips Merawat Resdung Secara Tradisional. Jom baca mana tahu boleh ikut yang termampu

Rawat Resdung

1. Hidrasi

Minum banyak air mineral tanpa diberi gula. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar dengan cara membahaskannya.

Elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

2. Sedut Wap Air Hangat

Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.

Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam.Matikan api selepas air bergejolak.

Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat sembari rileks.

Bila ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul.Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.

3. Memampatkan Muka Dengan Air Hangat

Bila tidak kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat.

Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.

Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut silian agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.

4. Lidah Buaya

Mungkin sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut.

Namun faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik.

Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

5. Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.

Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.Hiris halus-halus daun pandan.

Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.

Campurkan air perasan limau denga daun pandan.

Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.

Tapiskan sampai tertinggal air saja.Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.

Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.

Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.

Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.

Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.

Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab berkesan pedih yang maksimum namun terkawal.

Juga ada kesan berbeza pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Bila tidak berani cuba petua ini, maka sila rujuk pakar terlebih dahulu.

6. Kunyit atau Halia

Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan.

Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus.

Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.

7. Cuka Epal dan Madu

Petua menghilangkan resdung semulajadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.

Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.

Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

8. Neti Pot

Neti Pot mirip dengan teko kecil yang biasa dipakai untuk minum teh.

Yang berbeza adalah pada hujung corongnya berukuran lebih kecil lubangnya, sebab neti pot memang dibuat khusus untuk mengubati masalah pada hidung seperti sinus. Biasanya menggunakan larutan garam.

Siapkan neti pot.Ambil dua gelas air hangat, lalu masukkan satu sudu teh garam, aduk.Campuran air garam anda masukkan ke dalam neti pot.Letakkan hujung muncung neti pot pada satu lubang hidung.

Sebaiknya anda minta dipandu oleh orang yang sudah pernah pakai neti pot, sebab cukup berisiko.

Doa Resdung

Doa ini adalah untuk merawat penyakit berkaitan hidung iaitu resdung. Penyakit ini dikategori sebagai E.N.T. (Ear/Nouse/Throat) Ia melibat penyakit berkaitan hidung, telinga dan kerongkong kerana bahagian anggota ini berhubung satu sama lain. Resdung juga menyebabkan bahagian muka rasa gatal, hidung tersumbat kerana ada lendir di dalam rongga hidung. Ada juga muka yang dipenuhi jerawat akibat resdung.

Nafas orang yang ada resdung memang berbau busuk dan tidak selesa bila berdekatan dengan orang lain. Bau nafas seperti tembaga karat yang digosok dengan pencuci. Bayangkan jika isteri yang ada resdung nak bermesra atau bercium dengan suaminya mesti tidak selesa boleh menjejaskan keghairahan seks si suami atau sebalik pada lelaki yang ada resdung, si isteri mungkin tak tahan bau.
Kadang-kadang bila membasuh muka, terasa seperti hama-hama merayap-rayap diseluruh muka dan terasa gatal. Dahulu captain semasa bertugas di 91 Woksyop Pusat, Batu Kantomen. Pernah juga merawat beberapa orang tentera pangkat biasa dan beberapa pegawai atasan yang mengidap resdung.

Diantaranya ada anggota pranita iaitu askar wanita yang ada resdung. Beliau mempunyai muka yang cantik dan licin, tiada satu jerawat pun di muka. Tetapi nafasnya kurang selesa bila berada dekatnya. Beliau sangat susah hati kerana akan melangsung perkahwinan tidak lama selepas itu. InsyaAllah dua tiga kali rawatan yang captain buat berkekurangan dan menasihatkan beliau jangan makan benda gatal seperti udang, belacan dan ikan kering.

Semua rawatan itu dibuat secara percuma kerana ingin menolong mereka sahaja. Captain menggunakan kemiyan Mekah dan diasapkan pada muka selepas membaca surah-surah Al-Quran. Selepas diasapkan, boleh lihat ada seperti serbuk warna putih yang luruh dan jatuh dari muka. Mungkin ulat-ulat resdung atau hama-hama resdung. Dari segi saintifik tidak dapat dijelaskan tentang hama-hama resdung itu. Tetapi selepas bersara sehingga sekarang sudah lama tak praktik lagi rawatan ini. Insyaallah nasihat tentang rawatan resdung boleh diteruskan jika pembaca bertanya.
Selepas menonton TV, Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie memberi doa ini untuk rawatan penyakit resdung. Cukup mudah mengamalkannya.

Cara-caranya:-
1. Al-Fatihah 1x.
2. Ayatul Kursi 1x.
3. Surah Fushshilat, Ayat 44.
4. Air dari kolah masjid.(air dari kolah yang terbuka yang airnya jatuh kembali kedalamnya semasa mengambil wudhuk bukan dari air paip masjid).
Dibasuh muka dan disedut air masuk ke dalam lubang hidung selepas membaca ayat-ayat diatas.

Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).”

Petua Hilang Resdung

Nampak jijik kan bila dgr? Tapi itulah yg akak alami.. Bau busuk dalam hidung mcm bau tahi hidup tu..xboleh nak cerita tau..sampai mula² akak marah laki akak..bau tahi apa dalam rumah ni? Dia duk terkebil² kepelikan tgk prgai bini² ku gangster ni..lama² baru akak sedar sebenarnya bau dari dalam hidung..

Resdung akak teruk ke tak?? Tak usah cerita la babe..bangun tido mcm nak pecah kerongkong duk bersin..hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawak pergi spa cuci kejap, sental² mesti syok..nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dgn seorang doktor & dia pon merupakan pakar herba..amik peluang la tanya oiii..sebab xtahan dah hidung ni gatal mcm apa..sampai sakit kepala akak..

Doktor tu sendiri ckp..kalau pergi hospital dia just bagi antibiotics untuk matikan kuman..tapi yela weh..sampai bila nak makan ubat hspital kan??doktor tu pon ajar akak..

amik sebatang kayu manis bakar dia then sedut asap tu..sedut guna lubang hidung korang tu..fuhhh mencabarr..sbb kayu manis ni boleh bertindak sbgai antiseptic semulajadi yg boleh membunuh kuman..si manis ni boleh mengeringkan lendir & bengkak resdung kita ni..mmg pedih tapi serious akak ckap lega sgt hidung..rasa kosong..nak bernafas pon senang..dah 4 hari akak amal buat ni..percaya x?? Bangun tido dah tak bersin
Hidung ni rasa bersih & tak gatal weh..impress giler dgn kayu manis ni..

Kalau yg muka ada parut korang try parut kulit kayu manis ni..sapu dkt muka..mmg pedih tapi hasil dia wow weh..parut pudar..so ni lah rahsia resdung akak sekarang..dah tak de bau tahik..bau kayu manis pulak dlm lubang hidung

kredit: suzyhoney

Resdung ni sebenarnya bahaya

Cara perubaran resdung ni ada banyak tapi bagi mereka yang mempunyai masalah resdung boleh untuk cuba ikhtiar menangani penyakit ini. Kami ada petua tradisional yang mudah untuk korang boleh cuba ikut. Meh baca kat bawah ni :

-Ambil 3 biji bawang merah dan hiris halus. Kemudian, sediakan 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi.

Sediakan mangkuk dan masukkan. Korang tuang air panas dalam mangkuk tersebut. Kemudian wap pada muka. Tolong amalkan selalu untuk lihat sendiri perubahannya.

Petua ini disarankan bagi penghidap resdung yang tidak kronik. Sekiranya sudah teruk, disarankan jumpa doktor pakar untuk periksa dengan lebih lanjut

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply