DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

9 Tips Elak Anak Kencing Malam

9 Tips Elak Anak Kencing Malam

Anak kerap kencing malam bukan perkara biasa. Tiada penjelasan tepat dapat dihuraikan mengenai penyebab utama masalah kencing malam boleh berlaku. Kebiasaanya disebabkan perkembangan kanak-kanak itu lambat, mengalami jangkitan pada salur kencing, diabetes dan lain-lain masalah kesihatan.

Jadi, sekiranya anda dapat mengesan awal masalah kencing malam ini pada anak, usahakan membawa mereka mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar tertentu. Jangan biarkan mereka tanpa sebarang rawatan susulan kerana masalah kencing malam boleh dihentikan.

Sekiranya masalah ini dibiarkan berlarutan sehingga kanak-kanak membesar, ini menyebabkan stres atau tekanan psikologi. Mereka akan berasa malu untuk berhadapan dengan rakan sebaya dan paling ketara adalah memencilkan diri. Sebagai ibu bapa anda harus berusaha merawat anak anda dan jangan sesekali memarahinya. Harus diingat kencing malam berlaku dalam keadaan dia tidak sedar.

  1. Bangunkan mereka pada waktu malam untuk ke tandas. Lama-kelamaan mereka akan bangun dengan sendiri bagi membuang air kecil.
  2. Jangan mengejek si kecil kerana mereka cenderung berasa malu dan tertekan. Sebaliknya nsihat dan terus menyokong mereka serta berusaha merawatnya.
  3. Pastikan anak anda bangun sepenuhnya dan jangan dukung mereka supaya mereka dapat mengingati tujuan sebenar dibangunkan untuk ke tandas pada malam hari.
  4. Beri si kecil minum banyak pada waktu siang dan bukannya malam. Terhadkan pengambilan air terutamanya jenis berkarbonat. Elakkan ,memberi anak minum minuman bergula dan berkafein.
  5. Beri pujian dan semangat apabila anak anda tidak kencing malam.
  6. Sokongan moral penting dan elakkan daripada mendenda anak sebaliknya berikan perangsang agar dia berjaya mengatasi masalah itu suatu hari nanti.
  7. Terdapat alat pengesan bertindak balas dengan kelembapan dan biasanya digunakan sebagai rawatan ke atas kanak-kanak yang mengalami stres.
  8. Jaga pemakanan mereka dengan menambahkan banyak sayur-sayuran dan makanan berkhasiat. Ini penting untuk mengelakkan mereka daripada mengalami sembelit yang biasanya mengurangkan jumlah air kencing ditahan pundi kencing.
  9. Segera dapatkan rawatan pakar jika tidak mampu mengatasi sendiri masalah kencing malam si kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.