DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Action Based Diet Untuk Kurus

Action Based Diet Untuk Kurus

Assalamualaikum dan salam khamis. Pagi ni abam nak kongsi tentang Action based SMART goal setting.

Majoriti diantara kita dah terbiasa dengan azam yang berkisar tentang result based sahaja. Contoh, next year aku berazam nak turunkan berat sebanyak 10kg dalam masa 12 bulan.

10kg tu adalah result
12 bulan adalah time frame
Specific, measurable, achievable, realistic & timely.

Berbeza dengan Action based pulak, kita boleh tukar dengan azam aku nak consistent diet keto dan Intermittent fasting selama 2 bulan.

Action: consistent diet keto dan Intermittent fasting
2 bulan adalah time frame.

Apa beza result based vs action based ni?

Abam nak tanya, boleh ke kita kawal berapa kg berat badan kita turun? Kita boleh kawal ke berapa inch loss?

Tapi kita 100% boleh kawal segala action kita. Segala tindakan kita adalah 100% dalam kawalan kita. Consistent diet keto dan IF selama 2 bulan tu adalah dlm kawalan kita.

Berat badan kita insyaAllah akan turun secara alamiah, kalau kita kekal consistent dengan action kita. Yang penting kita tak stress jika berat tak turun.

Benda ni kita boleh apply dengan azam yang lain jugak.

Contoh:

1) Tukarkan azam nak ada simpanan 10k setahun kepada action habit menyimpan rm500 setiap bulan.

2) Azam nak jadi pelajar cemerlang, tukarkan jadi consistent mengulang kaji pelajaran setiap hari selama 1 jam.

3) Tukar dari nak jadi sihat dengan consistent bersenam selama 30 minit setiap hari.

Banyak lagi cara nak apply benda ni. Yang penting kita tak stress dengan nak kejar result yang bukan dalam kawalan kita.

Trust in action, not the result.
Trust in action, not the result.
Trust in action, not the result.

InsyaAllah kita sama² akan berjaya.

kredit : Riffie Hiro

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat