DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

AGE Protein Memudaratkan Kesihatan

AGE Protein Memudaratkan Kesihatan

Tau tak apadia tu AGE Protein? Dan kenapa pengumpulannya boleh memudaratkan kesihatan.

AGE ni stand for Advanced Glycation End Product.

Iaitu protein atau lipid (lemak) yang terikat pada molekul gula tanpa bantuan enzim untuk kawal tindakbalas. Dalam ilmu kimia, tindakbalas gula tanpa bantuan enzim dikenali sebagai glycation. Jadi AGE ini adalah “Produk Akhir” (end product) hasil dari glycation.

AGE dan Penyakit
Dibawah ni ada beberapa contoh tindakbalas AGE dan komplikasi penyakit yang dikaitkan:

Diabetes Tahap II – kerosakan sel beta pada pankreas. Kadar gula dalam darah pesakit diabetes akan sebabkab proses glycation terjadi.

Kerosakan pada kolagen kulit – sambungan silang protein kolagen jadi kurang elastik dan lebih menjurus kepada kedutan. Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

Penyakit kardiovaskular – AGE buatkan permukaan LDL (kolesterol jahat) lebih kasar dan lebih cenderung melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen pada dinding saluran darah akan mengakibatkan tekanan darah tinggi atau melemahkan dinding saluran darah dan menyebabkan aneurisms.

Protein Amyloid, yang menyebabkan Alzheimer, dia lah produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

Sistem Saraf – Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sell (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Akibatnya, akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat