Air Mani Cair Atau Pekat ?

Air Mani Cair Atau Pekat ?

AIR MANI CAIR – Tanda Lelaki Tidak Subur?

Air mani cair yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.

MASALAH AIR MANI CAIR

Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta diterima oleh faraj.

Masalah ketidaksuburan lelaki ;

1. Sperma cepat lemah/mati sebelum persenyawaan.
2. Peluru kosong. Hanya semen/air mani semata2 (tiada sperma)
3. Bilangan sperma sedikit.

FAKTOR PENYUMBANG KEKURANGAN BILANGAN SPERMA AIR MANI CAIR

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyumbang kepada penurunan bilangan sperma seperti factor luaran, gaya hidup, dan perubatan. Antaranya :

1. Pengambilan dadah seperti cocaine dan marijuana
2. Alkohol
3. Penggunaan computer riba di atas riba dalam jangka masa yang panjang
4. Duduk terlalu lama, seperti memandu dengan jarak jauh, atau berbasikal terlalu lama
5. Merokok
6. Tekanan
7. Obesiti
8. Faktor medical seperti ‘varicocele’, keradangan pada testicles dan prostate, masalah ejakulasi, anti-sperm antibodi, tumor, ketidak seimbangan homon, gluten intoleance dan kesan sampingan beberapa jenis ubat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat