Amalan Badan Kuat

makanan sebelum selepas senaman

Salam sejahtera, hari ini nak cerita sikit tentang amalan badan kuat. Tak sempat nak update blog, ikut wife kerja Putrajaya hari belia 2013. Adui, badan memang penatlah, macam-macam nak buat itu ini. Tapi sebab nuffnang sudah bagi keywords amalan kuatkan badan dan tulang, nak tak nak, kenalah buat kerja sikit.

Oklah, sebelum ni, saya ada cerita pasal urat dawai tulang besi sebelum ni. Pagi-pagi buta ni, saya nak sharelah sikit hasil kajian saya tentang amalan kuatkan badan dan tulang. Manalah tahu kawan-kawan di luar sana boleh tambah apa yang penting.
amalan kuatkan badan

1) Mandi Sebelum Subuh

Ada satu tips yang bagus ialah kalau nak mandi sebelum subuh, waktu pagi sebenarnya elok mandi air yang sejuk atau suam, dari mandi air panas.Mengikut beberapa kajian, mandi air panas di waktu pagi, sememangnya menjejaskan kesihatan. Kalau mandi air panas masa waktu tengah-hari, itu cari pasal, lagi confirm lemah. Tapi berbeza pulak kalau anda masuk silat peringkat tinggi punya, sampai kena berendam dalam kawah panas, boleh jadi khurafat macam tu. Bahaya sungguh .

2) Madu Lebah

Sarapan, minum teh, ataupun nak buat apa sahaja, cara paling best ialah menikmati madu lebah. Dalam al-quran, ada surah khas lebah, dan madu lebah boleh menyembuhkan sebarang penyakit yang ada. Bestnya madu lebah ni, ada maca macam, sampai yang terpower sekali ialah madu kelulut, yang dikatakan dapat menyembuhkan mati pucuk. hooo, ini sudah power. Aku pernah beli madu kelulut, memang mahal berbanding madu tualang. Tapi lelaki yang power, janganlah pulak nak bermadu-madu, silap-silap kena baling dengan pinggan ataupun botol-botol supplement.

3) Makan Ikan

Sebelum ni, gua ada buat cerita pasal makan ikan ni, tak boleh tinggal ok bro, penting sangat, lagi-lagi pasal anak anak yang nak pandai dan cerdik. Kalau sebelum ni gua ada cerita pasal kenapa nak makan ikan, salah satunya ialah khasiat ikan itu sendiri. Korang pernah terfikir tak, ikan dalam laut mana ada masin, bila dah keluar laut, barulah rasa masin. Lagi satu, kenapa ikan boleh duduk lama dalam air ye ? Bukan dalam air laut, sejuk, tekanan tinggi. Itu keistimewaan ikan. Korang boleh tengok beberapa kajian pasal makan ikan, tengok sahaja orang-orang jepun yang cun melecun ala cikgu fuyutsuki. Tambahan lagi pula dengan beberapa kajian tentang orang eskimo yang sihat sejahtera kerana makan ikan. Hoooo, jangan tinggal makan ikan, ayam kalau tinggal takpa !!!

4) Air Masak

Air, air, air, penting wooo. Macam coolant dalam enjin kereta, pentinglah jugak air dalam badan kita. Kalau takda air, lembik jugak kita dibuatnya. Tapi minum air masak ok, bukan bedal teh tarik atau coca-cola setiap masa. Nak lagi bagus, cubalah minum air zamzam, lagi banyak khasiatnya. Korang tentu pernah baca cerita tentang persidangan saintis yang membuat kajian molekul air zamzam, dan juga air yang dibacakan ayat suci al-quran. Jadi Air masak ni, kena minum, dan jangan lupa juga, air yang dibaca dengan betul, boleh menyembuhkan sebarang penyakit. Bab ni ko kasi Ustad Harun Din, guna air sahaja . Bapak aku pun, pandai buat air ni. Tapi kalau amalan zikir amal 2 bulan sekali, susahlah sikit nak jadi air ubat. hehehe.

5) Tidur yang betul

Rasulullah kan ada ajar kita tidur mengiring sebelah kanan, mengadap ke kiblat. Memang ada satu cerita wanita tua di China, yang masih sihat, salah satunya ialah dia memang tidur mengiring ke kanan. Hahha, lagi satu tips yang aku dapat ialah jangan tidur waktu petang, kerana kalau baring nanti boleh melemahkan badan, Tips ni aku dapat dari Datok Aziz Satar yang datang rumah bapak aku dulu. Hoo power power. Ada juga yang kata, kalau dapat tidur sekejap masa sebelum zuhur, boleh menyihatkan otak dan badan. Tapi yang paling penting, tidur yang berkualiti, amatlah penting. Jangan lupa juga, tidur yang tidak cukup boleh menyumbang kepada berat badan naik.

6) Kalsium

Khas untuk kuatkan tulang, pengambilan kalsium amat penting.Korang pun tahu, pengambilan kalsium bukan sahaja bagus untuk tulang, tapi banyak lagi faedahnya. Salah satunya, ambil kalsium sebelum tidur boleh menyegarkan badan. Kalsium juga boleh bertindak sebagai pelawas. Banyak makanan , susu yang mengandungi kalsium. Kalau susah sangat, boleh je bedal vitamin terus, mudah dah berkesan. Memang bagus untuk amalan badan kuat.

7) Doa Amalan

Oklah yang amalan badan kuat ni, gua memang ambil dari internet. Antara yang gua dapat dalam internet ialah seperti berikut: Ada 3 yang gua jumpa, tapi tak berapa nak tahu kesahihannya. Boleh cuba, dan gua rasa yang ni memang amalan yang bagus. Barulah dapat rasakan urat dawai tulang besi !!!

Sebelum korang nak mandi bacalah Al-Fatihah sekali dan hembuskan kepada air dalam baldi , air ini sebagai bilasan setelah kita mandi seperti biasa. Lepas tu selawat ke atas nabi sepuluh kali dan hembuskan air dalam baldi tadi. Macam biasa, amalan kena buat 40 hari, jangan tinggal bro. Ayat suci juga, jangan baca dalam tandas ok !!!

Sebelum nak melantak nasi tu, jangan terus nak makan je. Ok 3 suapan pertama nasi kosong tu, jangan sekali dengan lauk pauk, tapi cuba korang buat macam ini, suapan pertama membaca Bismillah, kedua membaca Bismillah hirrohman, dan yang ketiga membaca Bismillah hirrohmanirrohim. Lepas tu kan rasullullah ajar kalau nak makan, kunyah 44 kali, makan jangan gelojoh. Hehe, jadi makan tu akan rasa cepat kenyang, kalau tak baca doa, takut setan tumpang sekali.

33 kali subhanallah, 33 kali Alhamdulillah, 33 kali Allahuakhbar, pernah dengar kan, kita selalu berzikir selepas solat. Itupun kalau buatlah, kalau tak dulu lepas solat magrib terus lari tengok kartun , bola, dan sebagainya. Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah, kepenatan buat kerja, dan sakit tangan. Fatimah merungut, nak minta orang gaji. Rasulullah dengan mengajarkannya zikir di atas , dan yakinlah, kepenatan tu akan hilang, jika kita ikhlas melakukan sesuatu kerja.
Share

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply