Anak-Anak Keutamaan, Bukan Alasan

Anak-Anak Keutamaan, Bukan Alasan

Anak2 Keutamaan, Bukan Alasan

Last month saya ada tonton satu movie, tentang kehidupan seorang ibu tunggal. Struggle hariannya uruskan anak2 dan karier.

Anak2 asyik tarik muka bila mak balik lambat..

Tapi emaknya tak ada pilihan lain. Dia mesti bekerja dgn komited, so that dapat duit yang byk utk sara hidupnya dan anak2. Bukan tentang nak bermewah2 pun.

Di sinilah part yg kita kena stop judging people.

Bagi anak2, ibu dan bapa adalah dunia mereka. Kalau boleh nak kepit 24 jam. Mereka tak tahu tentang bayar bil. Mereka tak tahu tentang nak makan tu kena beli barang, bukan buka peti sejuk je semua ada.

Tanyalah mana2 anak (yg belum tahu hakikat dunia) pun, rasanya tak ada yg suka bila mak ayah tinggalkan mereka utk bekerja.

Dalam pandangan anak2, mak ayah tak perlu bekerja. Spend time with them only.

Bila anak require attention terlebih ni, biasanya kerana emotional tank mereka kosong. Tak cukup quality time dgn parents. Quality time ni bukan bermakna kena spend masa yg lama dgn diorang. Tapi masa yg berkualiti.

Bila kita work on emotional tanks anak2 ni, dua2 pihak akan lebih puas hati. Bila tank diorang penuh, diorang lebih happy utk buat aktiviti drg sendiri. Bila tinggal separuh tu yg asyik buat perangai, nak attention.

Anak2 ni masa kecik2 mereka nakkan kita sebagai super hero mereka, bila dah besar sikit, mereka nak kita sebagai role model. So we must excel dalam setiap peranan, as parents & as a role model.

Diorang mgkn tak cakap ni, tp mereka nampak kita setiap masa.

Berkarier ke, tak berkarier ke, sibuk ke, tak sibuk ke, anak2 tetap keutaamaan, bukan alasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.