ANEMIA – Masalah HB Rendah Ibu Mengandung Menjejaskan Kesihatan

anemia

Sudah makan vitamin iron, ubat iron ni tapi hb masih lagi low. malah semakin rendah. Anemia atau kurang darah merah. apabila seseorang itu mengalami anemia, hemoglobin di dalam sel darah merah akan berkurangan. Hemoglobin adalah pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Otak memerlukan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk berfungsi dengan optimum. Penyakit kurang darah merah atau anemia adalah penyakit yang biasa dialami golongan wanita. Terdapat kira-kira 30% wanita yang tidak hamil pada lingkungan umur subur, 38% wanita hamil dan 14% lelaki yang berada di kawasan luar bandar mengalami kekurangan zat besi di Malaysia – (sumber: WHO Global Database on Anemia, Malaysia 2007).

MASALAH ANEMIA HB RENDAH

Kenapa Hb Masih Rendah Walaupun dah makan vitamin iron. Kebanyakkan ibu-ibu yang mengalami masalah rendah Hb ni, mereka makan vitamin iron atau ubat iron yang diberikan doktor akan tetapi penyerapan iron tidak optimun. Kenapa tidak optimun? Berikut ialah 4 Cara pengambilan iron yang betul, agar kadar penyerapannya lebih optimum.

1. Makan semasa perut kosong

Iron (Zat Besi) paling berkesan diserap semasa perut kosong. Paling bagus bangun-bangun tidur terus telan. Tapi, ramai yang tak boleh amik waktu ni sebab rasa mual dan loya. Lebih-lebih lagi di saat awal kehamilan. Untuk ibu-ibu yang tak boleh telan waktu perut kosong, disarankan mengambil sarapan dahulu sedikit. Jarakkan selama 30-45 minit selepas sarapan dengan pengambilan iron.

2. Ambil bersama vitamin C

Iron disarankan diambil dengan buahan yang tinggi Vitamin C seperti oren, mangga dan epal. Vitamin C merupakan vitamin terbaik untuk penyerapan iron. Disarankan juga ambil sekali dengan supplemen vitamin C.

3. Elak product tenusu

Sekiranya ibu-ibu mengambil susu atau produk tenusu seperti yoghurt, selepas 30-45 minit kemudian baru lah makan supplemen iron. Ini kerana segelas susu boleh mengurangkan kadar penyerapan iron sebanyak 50%!!

4. Elak Teh dan minuman Berkarbornat

Elakkan minum teh dan minuman berkarbonat. Ini kerana, tanin acid di dalam teh danphosphate dalam minuman bergas akan bergabung dengan iron dan seterusnya menghalang penyerapannya.

Antara makanan dan vitamins lain yang menganggu penyerapan iron ialah:  Cereals, grains, lagumes, protien telur (telur putih&kuning), kopi, kalsium, magnesium, zink dan copper, koko, makanan yang tinggi fiber, herba – peppermint & chamomile.  Semua makanan di atas bukannya tidak boleh diambil, tetapi dinasihatkan untuk dijarakkan pengambilannya.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu