ANOVULASI – Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita

ANOVULASI – Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita

Anovulasi, 40% Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita. Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari.

Masalah anovulasi

Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai Oligovulasi.Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama ’Kitar Anovulasi. Kedua-dua proses Anovulasi atau Oligovulasi adalah antara jenis-jenis Gangguan Ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.

Apakah Simptom-simptom bagi Anovulasi atau masalah gangguan ovulasi?

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.

Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Tak faham? Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam ’normal range’, tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi. Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Anovulasi dan Gangguan Ovulasi boleh menyebabkan Ketidaksuburan?

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku sepertu biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil. Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil sebab tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.

Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

sumber : mudahhamil.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.