Baby Walker Patut Diharamkan ?

Baby Walker Patut Diharamkan ?

Memang comel melihat bayi berlari ke sana sini dengan Baby Walker, hakikatnya ia tidak memberi manfaat kepada perkembangan fizikal kanak kanak.

Kemahiran berjalan bukan sahaja melibatkan pergerakan kaki, tetapi apa yang lebih penting adalah skill untuk menolak badan untuk berdiri, keseimbangan tubuh dan koordinasi.

Selain itu, risiko kecederaan juga tinggi malah terdapat kes serius melibatkan kecederaan tengkuk dan kepala apabila kanak kanak jatuh dari tangga dan terjunam ke kolam .

Puan puan..

Sekiranya anak anda tidak mengalami sebarang kecederaan akibat penggunaan walker, jangan sangka ia selamat. Ribuan kes kecederaan termasuk melecur dan tersepit dilaporkan setiap tahun.

Di Canada, Baby Walker telah diharamkan sepenuhnya. Langkah ini juga bakal diikut oleh US setelah mendapat desakan persatuan pakar kanak kanak disana.

Infomasi ini mungkin bermanfaat untuk ibu yang sedang merancang. Mungkin budget untuk baby walker boleh disalurkan untuk membeli Car Seat yang lebih bermanfaat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat