DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Badan Lemah

Badan Lemah

Dalam menjalani kehidupan seharian yang sibuk dan serba pantas, ramai yang kongsi dengan saya kata badan cepat letih, lesu, tidak bermaya dan bila pulang kerja petang terus tak larat nak buat semua benda.

Semua perkara yang terjadi mesti ada punca kan?

Hari ini saya nak kongsi dengan anda semua kenapa badan kita cepat lemah dan letih serta cara mengatasinya.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua.

1)TIDAK CUKUP TIDUR
Setiap malam tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari. Jadikan tidur sebagai keutamaan untuk mengembalikan tenaga anda.

2)TIDAK CUKUP TENAGA
Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan membuatkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah.

Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

3)TEKANAN EMOSI
Setiap orang pernah mengalami tekanan.tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia memberi kesan kepada fizikal juga.

Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi.

4)KURANG SEL DARAH MERAH.
Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan tiada rehat langsung? Sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu.

Bagi wanita pula, kehilangan darah ketika haid menyebabkan zat besi dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

5)LEMAH JANTUNG.
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor.

Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

Leave a Reply

%d bloggers like this: