Bagaimana Minda Bawah Sedar Berfungsi ?

Bagaimana Minda Bawah Sedar Berfungsi ?

MINDA BAWAH SEDAR, RAS & SERVO-MECHANISM

Pernah dgr minda bawah sedar? Minda bawah sedar manusia ni adalah blue print dalam kehidupan setiap orang. Program yang tertanam dalam minda bawah sedar akan mengendalikam servomechanism (bukan yg dalam Control Engineering tu ye) utk dapatkan semua benda yang diprogram oleh minda bawah sedar.

Apa saja yang kita set pada minda bawah sedar ni, ia akan bekerjasama dgn reticular activating system (RAS) lalu membentuk servomechanism yang akan membuktikan apa yang kita tanam dalam minda bawah sedar adalah betul!

Servomechanism ni akan selalu buat ‘correction’ pada perlakuan dan hasil kita, sampailah kita capai apa yang dah diprogram dalam minda bawah sedar.

Sebagai contoh, kita adalah WAHM yang buat bisnes kecil-kecilan. Walaupun kita ada tulis target, tp dalam hati kecil berprasangka & merasakan “Macam tak boleh je. Kalau rugi macamana?”. Maklumat itu dihantar ke minda bawah sedar, ditapis oleh RAS & diperkasakan oleh servomechanism.

Lalu kita dapati apa yang kita buat tak menjadi. Walaupun bekerja siang malam membanting tulang, tp hasilnya sama.. tak ada hasil. Lebih teruk, rugi.

Kerana prasangka awal yang kita rasa tak boleh, takut rugi… membuatkan sistem kita tertuju kepada benda yang kita tak mahu tu.

Sesuai dgn satu Hadis Qudsi yang mana Allah berfirman “Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku” [Muttafaqun ilaih].

Bila kita nak lakukan sebarang kerja, setkan persangkaan yang baik terhadap persangkaan kita. Dan jangan letak urusan kerja/bisnes itu dalam hati. Di situ bukan tempatnya. Urusan kerja/bisnes kita biar di jari, maka mudahlah kita uruskan.

Dan hati kita, akan bina servomechanism yang baru. Yang akan bawa kita kepada kejayaan maksimum. Insya-Allah.

aKakLyna
iReachPreneur
#DuniaDiJari

~LIKE, SHARE & SEE FIRST utk macam2 tips & cerita kelakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat