DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Bahaya Hidu Gam Boleh Sebabkan Kematian Mengejut

Bahaya Hidu Gam Boleh Sebabkan Kematian Mengejut

Hidu Gam/inhalan(pelembut cat, gas dapur, petrol, tahi lembu, tahi kerbau)

Menghidu gam adalah antara masalah ketagihan yang semakin serius di negara ini, terutama dalam kalangan remaja. Antara sebab mengapa ia popular dalam kalangan remaja adalah kerana ia murah dan senang diperolehi. Ramai tidak menyedari betapa bahayanya fenomena ini berbanding masalah ketagihan dadah yang lain. Walau bagaimanapun. ia sebenarnya adalah sangat merbahaya dan adakalanya boleh mengakibatkan maut. Ia dikategorikan dalam masalah penyalahgunaan dadah inhalan atau pelarut (solvent).

Kenyataan/ fakta:

Dalam membicarakan gejala menghidu, sebenarnya terdapat banyak bahan-bahan lain yang mempunyai pelarut yang mempunyai kesan yang sama dengan perbuatan hidu gam. Namun di negara ini gejala menghidu gam adalah paling ketara berbanding dengan bahan lain seperti pelembut cat (thinner),gas dapur,petrol, cat semburan (aerosol) atau tahi lembu. Untuk itu adalah penting untuk kita mengenal pasti dan menangani masalah ini agar ianya tidak berlarutan.

Masalah menghidu gam telah dikenal pasti sebagai salah satu pencetus kepada penagihan dadah seperti ganja dan heroin. Setakat ini negara masih di peringkat merangka peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang penghidu gam ditangkap, diarahkan menjalankan rawatan dan dipenjara seperti dadah-dadah lain. Di Malaysia belum ada kajian menyeluruh dibuat berhubung gejala hidu gam. Namun gejala ini berlaku dengan serius di sesetengah tempat. Fenomena hidu gam terlindung disebalik kesungguhan kerajaan memerangi dadah. Usaha menangani gejala menghidu gam memerlukan tindakan segera sebelum ia sampai ketahap yang lebih kritikal dan sukar dibendung.

Gejala dan Tanda

Muka dan mata menjadi merah

Sukar memberikan tumpuan dan perhatian

Nafas, baju dan rambut berbau gam/pelarut

Batuk-batuk dan sering berludah

Sifat kelam kabut dan resah

Kata-kata yang tidak jelas dan bercakap sendiri

Fikiran keliru dan terhoyong hayang.

Berkhayal

Hilang minat untuk bergaul dengan keluarga dan murung.

Diri tidak terurus

Komplikasi

Perbuatan hidu gam / pelarut telah banyak dikaitkan dengan kematian secara tiba-tiba. Keadaan ini berlaku kerana:

Keracunan/ketoksikan otot jantung yang menyebabkan denyutan jantung menjadi tidak normal atau “arrhythmia”

Sukar bernafas dan lemas

Kemalangan disebabkan oleh khayal

Selain dari itu kesan jangka panjang dari perbuatan hidu adalah:

Ketidakmampuan untuk berfikir secara lojik dan waras.

Keletihan

sifat pelupa

kekurangan berat badan

gangguan emosi

kekurangan pembentukan sel-sel darah di dalam tulang sum-sum

membawa kepada penggunaan dadah yang lebih serius seperti ganja dan heroin.

Rawatan

Tiada rawatan ubatan untuk berhenti dari menghidu gam.Ianya perlu motivasi diri dan kecekalan. Rawatan diberikan untuk masalah kesihatan/komplikasi disebabkan oleh menghidu gam.

Pencegahan

Elakkan dari mencuba menghidu gam.Jika menpunyai masalah, cuba berbincang dan cari jalan penyelesaian.Aktiviti menghidu gam tidak akan menghilangkan masalah,bahkan membawa kepada masalah mental dan fizikal yang lebih serius.

Credit: www.adk.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat