DIET DIET SIHAT

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA

Bahaya Kanta Lekap Murahan, Boleh Sebabkan Buta

Bahaya Kanta Lekap Murahan, Boleh Sebabkan Buta

Petang ni admin nak share mengenai kanta sentuh.

Malaysian Optical Council melaporkan,hampir setiap bulan pasti ada kes kebutaan melibatkan komplikasi akibat penggunaan kanta lekap.

Siapa mangsanya? Sudah tentu anak gadis muda yang memasang angan angan memiliki anak mata kebiruan.. tanpa memikirkan komplikasi dan kesan akibat penggunaannya.

Produk kanta sentuh murahan ini tidak diketahui sumber dan kualiti penghasilannya. Ada yang dihasilkan tanpa pemantauan kualiti yang menyebabkan permukaannya tidak sekata.

Ini boleh menyebabkan pemukaan mata tercalar. Kuman akan masuk ke permukaan mata yang tercalar dan menyebabkan ulser.

Semua penggunaan kanta lekap perlu dipantau oleh ahli optometrist yang berdaftar. Walaupun kanta lekap tidak mempunyai “power”, mereka perlu lakukan pemeriksaan untuk mengetahui kesesuaian mata dan produk untuk penggunaan yang selamat.

Kenapa penggunaan kanta lekap begitu dikawal rapi?

Kenapa mata dan penglihatan sangat berharga, tidak terbanding dengan kanta murahan kebiruan itu.

Sumber : Public Health Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat