DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Bahaya Kombinasi Ubat Batuk Selesema ?

Bahaya Kombinasi Ubat Batuk Selesema ?

Ini adalah perkara penting. Ibubapa selalu keliru ketika berhadapan dengan dua ubat batuk selesema jenis ini.

Ianya adalah ubat batuk diphenhydramine dan juga chlorpheniramine. Kedua-dua ubat batuk ini adalah ubat yang sangat dikenali oleh para doktor kerana selalu menggunakannya.

Brand yang selalu digunakan adalah benadryl(diphendyramine) dan juga piriton(chlorpheniramine). Terdapat juga brand-brand lain yang wujud di dalam pasaran.

Perlu diketahui bahawa kedua-dua ubat ini adalah berada dalam kumpulan generasi pertama anti-histamine yang akan merencatkan sedikit sebanyak fungsi pusat sistem saraf(central nervous system). Sebab itu pesakit akan merasa mengantuk bila makan ubat ini.

🔴Apa yang menyebabkan kekeliruannya?

Ubat ini selalunya dipreskripsikan atas tujuan yang berbeza.

💊Diphenhydramine selalunya diberikan sebagai ubat batuk

💊Chlorpheniramine pula selalunya diberikan sebagai ubat selesema

Jika anak anda mengalami batuk dan selesema, mungkin anda akan mengambil kombinasi ubat ini dan menyebabkan kesan sampingan yang teruk kepada anak anda.

Selalunya di klinik, doktor akan mengelakkan pemberian kedua-dua ubat ini secara serentak.

Masalah timbul jika pesakit menggunakan ubat yang lama ataupun ubat daripada adik beradiknya yang lain.

Dia lihat ubat diphenhydramine ini untuk batuk, ubat chlorpheniramine ini pula untuk selesema. jadi diberikanlah sekali dua ubat-ubat ini kepada anak mereka. Kemudian, timbulah kesan sampingan kepada anak mereka

🔴Kesan sampingan kombinasi kedua-dua ubat ini:

💢Pesakit berhenti bernafas atau bernafas dalam keadaan yang sangat lambat
💢Nampak terlalu letih
💢Suhu badan yang tinggi
💢Sawan
💢Halusinasi
💢dan berapa simptom yang lain

Kesimpulan

Oleh itu, ibubapa perlu mengawasi ubat-ubat yang diberikan kepada anak anda dan cuba elakkan daripada memberikan kombinasi ubat sebegini.

Mohon follow channel telegram kami di t.me/ediagnosa bagi mendapat info kesihatan terus ke telefon bimbit anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat