Bahaya Pil Perancang

bahaya pil perancang

Bahaya Pil Perancang ? Assalamualaikum wbt..Saya doakan sahabat semua, sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT hendaknya. InsyaAllah.

APA KATA PAKAR SAKIT PUAN ?

Baru-baru nie, saya ada membuat sedikit pembacaan berkaitan dengan pil perancang. Dan terjumpa lah satu yang menarik untuk dikongsi dari page : Pakar Sakit Puan. Pil perancang adalah salah satu punca terjadinya Fibroid atau Cyst seperti di bawah:

RAMAI WANITA MENGAMBIL , bahaya PIL PERANCANG. Sejak, berada dalam dunia kesihatan nie.. Alhamdulillah, makin banyak ilmu-ilmu bermanfaat yang dikongsi untuk pengajaran dan kebaikan bersama. Sahabat, Ini dari pengalaman saya bersama ibu-ibu muda yang berkerjaya.

Al-maklum lah. Usia pun bertambah.. Remaja kata pergi.. Isteri kata mari. Hahaha. Prepare diri lah untuk masa depan, kan. After bersalin, wanita akan melalui satu proses yang dinamakan berpantang. Dalam masa yang sama, mereka dah berfikir untuk merancang bagi menjarakkan anak supaya tidak memudaratkan diri sendiri.

Yelah, ada yang bersalin secara caesar dan normal yang teruk.

Ianya, agak memberi kesan kepada si ibu dari segi fizikal dan mental (trauma). Saya bukan nak menakutkan. Cuma membayangkan perasaan-perasaan si ibu.

Ada juga, yang merancang kerana fikirkan commitment keluarga yang semakin besar dan juga faktor tuntutan kerjaya. Tapi, bukan ini cara. Sesungguhnya, setiap anak sudah tertulis rezeki mereka selagi kita berusaha dan percaya dengan kuasa Allah SWT. InsyaAllah.

Anak kan penyeri dan penghibur rumah tangga. Ramai yang saya jumpa.. Buat tindakan yang silap. Apa yang silap? Mereka inject sana, inject sini. Perghh!! dah cam botox pun ada. Macam ayam kena cucuk pun ada.

Ambil pil perancang setiap bulan atau implan untuk elak dari mengandung lagi. Saya memang dah tahu pasal kesan daripada alternatif ini. Tapi, sejak join MFMS group.. Rupanya, sangat ramai wanita yang bermasalah dalaman. Bila disiasat, berkaitan dengan hormon dan perancang family. Allahuakhbar.. Keciannya, mereka dan juga diriku jika saya diamkan. So, saya perlu share jugak lah kat sini.

KESAN KETARA AKIBAT DARI KESILAPAN INI

1. Period tak datang berbulan dan ada yang bertahun-tahun. Can you imagine? Darah kotor tak keluar..

2. Badan makin bambam cam ayam daging kena cucuk.

3. Tulang mula mereput.. NGERI kot..

4. Sakit-sakit badan…

5. Selalu sakit perut

6. Sakit ketika berhubungan kelamin

7. Perut mula membuncit

8. Pendarahan abnormal

NASIHAT SEORANG WANITA KEPADA WANITA

Merancang boleh.. Tapi, bukan itu caranya. Nak tahu cara? Kena refer yang lebih pakar.. Saya tak leh turunkan ilmu. Sebab, saya sendiri belum kahwin. Secara teori, boleh lah.. Anak itu adalah rezeki.. Anugerah yang terindah dari Allah. Yakin dengan kuasa Allah. Kehadiran cahaya mata takkan terjadi tanpa keizinan dari Allah SWT.

Emak saya sendiri beranak 14. Tak ambil cucuk-cucuk or apa-apa teknologi pun. So, saya tak sangka begitu ketara masalahnya pada hari ini. Alhamdulillah.. Jarak antara kami adik beradik pun 2, 3 tahun. Mesti ramai terkejut, kan..? Saya anak ke-4. Ada 8 orang adik di bawah tanggungjawab saya. 2 orang dah jadi ahli syurga.

Cam mana mak saya boleh jarakkan anak-anaknya dengan jaya? Itu kuasa Allah SWT. Semoga anda sihat dan bahagia sentiasa. No more cucuk-cucuk, ya.. BAHAYA pil perancang.

sumber: jamgetah

Pil Perancang Lelaki Masih Dalam Kajian

Selalunya wanita yang perlu mengambil pil perancang lelaki untuk merancang kehamilan. Manakala lelaki pula akan memakai kondom untuk memastikan tidak terjadinya kehamilan yang tidak dirancang.

Dengan zaman yang semakin maju dan teknologi semakin berkembang, pil perancang untuk lelaki bakal dihasilkan dan telah pun melepasi ujian Fasa 1 iaitu ujian keselamatan manusia (human safety tests).

Keputusan kajian Tahap 1 telah dibentangkan pada Ahad, 24 Mac di mesyuarat tahunan Endocrine Soceity’s di New Orleans, La. Kajian itu dilakukan ke atas 40 lelaki yang sihat di LA BioMed dan University of Washington di Seattle, Wash. Kesemua responden diberikan pil tersebut dan diminta mengambil selama 28 hari selepas makan.

Hasil kajian mendedahkan, tiada lelaki yang mengalami masalah enggan melakukan seks dan tiada yang berhenti mengambil ubat tersebut walaupun mengalami beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala, pertumbuhan jerawat dan kepenatan.

Kesimpulan yang dikemukakan menerusi uji kaji tersebut, pil perancangan kehamilan lelaki yang menggabungkan aktiviti 2 hormon iaitu Androgen dan Progesterone berjaya mengurangkan bilangan sperma tanpa menganggu keupayaan libido lelaki.

Memangdangkan ujian tersebut hanya 28 hari sahaja, tempoh tersebut adalah terlalu singkat untuk mengenal pasti keberkesanan pil tersebut. Dalam pada itu, para penyelidik memberitahu mereka akan melakukan kajian lebih besar dan akan menguji pasangan yang aktif seksual. bahaya pil perancang.

sumber : vitdaily

Kenapa dan mengapa mak mak kita bising kita ‘mengandung’ lagi.

Sentap juga daku… Huhuhu.. Sebab anak2 masih kecil.. Blum nmpk lg masa depan mrk… Mudh2an dpt mndidik mreka dgn lbh baik…In sha allah. Antara Kualiti Dan Kuantiti Anak, Ini Jawapan Sentap Seorang Doktor Buat Pesakitnya

A 48 years old female, came to me for her maternal check up. She has underlying Chronic Hypertension, poorly controlled and IGT (Impaired Glucose Tolerance – kira sipi-sipi lagi nak kena kencing manis.) So boleh bayangkan tak? An advanced age mother, with underlying chronic disease came in with a pink book. Saya berdebar bila baca buku pink dia. It is a high risk pregnancy.

To make sure every information written on her book is correct, I’m asking the patient again. “Ini kandungan ke 8? Betul ke? Pernah gugur tak? “Ya, ini kandungan ke 8, tak pernah gugur.” “Pernah makan pil perancang, ubat cucuk atau alat untuk perancang keluarga?” “Tak pernah. Saya yakin. Anak itu rezeki.”

Dah kenapa nak rasa offended?

“Saya tak pernah kata anak itu bukan rezeki,” kata saya. “Takde lah. Mana-mana doktor, memang suka kalau kita ini tidak beranak lagi. Kalau orang Melayu dan Islam tak ramai di muka bumi, siapa lagi?” katanya melenting.

Saya pun mulakan ceramah agama. Kenapa saya panggil ceramah agama dan bukan ceramah kesihatan? Sebab pesakit gunakan agama mempertahankan pendiriannya.

“Anak adalah rezeki tapi jangan lupa, rezeki adalah hadiah daripada Tuhan untuk kita. Kena ingat, anak juga adalah amanah, iaitu tanggungjawab kita kepada anak dan Tuhan.”

“Bila kita sentuh tentang amanah kepada anak, bukan asal pakai baju tetapi menyediakan pakaian yang bersih dan menutup aurat. Asal cukup makan tetapi memberikan makanan yang sihat dan halal begitu juga pendidikan yang baik.”

“Soalan yang akan saya tanya kepada puan, anak sulung puan, umur berapa?”

“18 tahun. Baru habis SPM.” “Berapa keputusan SPM dia?” “Teruk. Tak pandai mana.” “Anak puan yang sulung tu, perempuan ke lelaki?” “Perempuan, kenapa doktor?” “Pakai tudung menutup dada?” “Tak… kadang pakai, kadang tak.” “Cukup solat 5 waktu dijaga?” Si ibu termenung jauh.

  • “Kalau puan dah berusaha berikan pendidikan yang baik kepada anak, Alhamdulillah.”
  • “Kalau puan dan berusaha berikan pakaian yang baik dan menutup aurat kepada anak, Alhamdulillah.”
  • “Kalau puan dan berusaha menjaga solat anak puan, Alhamdulillah.”

“Sesungguhnya, Allah menilai usaha, bukan hasil.” “Cuma kalau puan gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik, semoga Tuhan ampunkan dosa puan dan suami kerana lalai menjalankan amanah.” “Rezeki yang dimiliki jika tidak diuruskan dengan baik, akan jadi mudharat kepada kita.”

Ibu tadi mengalirkan airmata. Habis tudung, hujung lengan baju dijadikan kain mengesat airmata. Saya memegang bahu pesakit dan menghulurkan tisu. Nasihat itu bukan semata-mata untuk pesakit tetapi diri sendiri juga. Moga menjadi iktibar untuk semua.

sumber : dapur hidayah

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply