DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Bahaya Stroke Darah Tinggi

Bahaya Stroke Darah Tinggi

Kes 1 : Seorang perempuan berusia 35 tahun, mempunyai masalah darah tinggi. Ubat memang diambil setiap hari dan mengikut appointment doktor.
Tiba-tiba didapati tidak sedarkan diri pada awal pagi. Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkan ada pendarahan di bahagian kiri basal ganglia, menyebabkan beliau lumpuh anggota badan di sebelah kanan. Tekanan darah tinggi 160/90

Kes 2 : Seorang lelaki berusia 41 tahun, tidak mengidap apa2 penyakit. Tidak pernah menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Tiba-tiba mendapat sakit kepala yang kuat dan muntah di tempat kerja serta pengsan.
Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkan terdapat pendarahan di bahagian kiri cerebellum serta hydrocephalus. Tekanan darah sangat tinggi sehingga 220/110. Beliau dimasukkan ke ICU untuk pemantauan rapi dan perlu pembedahan.

Kes 3 : Seorang perempuan berumur 38 tahun, mempunyai masalah darah tinggi.
Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak makan ubat darah tinggi kerana kerap pening apabila makan ubat.
Tiba-tiba merasakan kebas di anggota sebelah kiri serta sakit kepala yang kuat. Dibawa ke hospital dan CT scan mengesahkn ada pendarahan di bahagian kanan thalamus. Tekanan darah yg sangat tinggi sehingga 210/110. Beliau dimasukkan ke ICU untuk pemantauan dan rawatan.

Semakin hari, semakin ramai yang mengidap stroke ini. Semuanya pada usia yang muda. Dan stroke pendarahan ini amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Sekadar peringatan kepada kita semua, untuk memberi perhatian kepada kesihatan kita sendiri. Pergilah buat pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun (umur 40 ke atas). Jangan sudah terjadi stroke, sehingga lumpuh sebelah badan, baru kita nk berusaha menjaga kesihatan.

Antara pemikiran yg salah mengenai penjagaan kesihatan :
1. Aku muda lagi, buat apa nk pegi check
2. Lagi banyak jumpa doktor ni, lagi banyak pulak yg x sihat
3. Makan ubat nanti buah pinggang rosak
4. Bila dh start makan ubat, sampai mati kena makan ubat
5. Saya xde rasa sakit pun. Betul ke ni saya ada darah tinggi/kencing manis? doktor tipu saya ke?

Tanya lah doktor jika ada masalah kesihatan. Jagalah kesihatan anda. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Sumber: Dr. Ashraf Sharifuddin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.