Batuk Bersin Ke Lengan, Bukan Tutup Dengan Tapak Tangan

Batuk Bersin Ke Lengan, Bukan Tutup Dengan Tapak Tangan

Di Malaysia, masih ada yang suka bersin dan batuk sekuat hati sehingga bergegar satu dewan tanpa menutup mulut.

Bersin dan batuk merupakan punca merebaknya penyakit berjangkit seperti Influenza, Tibi, Batuk Kokol dan SARS.

Apabila bersin, ribuan titisan air pernafasan yang mungkin mengandungi kuman akan bertebaran sehingga sejauh 32 kaki!

Cara untuk menghentikan perebakan adalah

✅ Menutup mulut dengan tisu, kemudian buang ke tong sampah
✅ Jika tiada tisu gunakan LENGAN bukan tapak tangan.
✅ Basuh tangan dengan air sabun.

Saranan batuk ke lengan adalah kerana bahagian lengan terdedah kepada cahaya matahari. Kebanyakan kuman akan mati selepas terdedah kepada cahaya matahari.

Selain itu, penggunaan sapu tangan juga TIDAK DIGALAKKAN kerana ia akan menjadi sarang pengumpulan kuman sepanjang hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Powered by