BEBAS ENDOMETRIOSIS – Berjaya Hamil Asbab Set Kesuburan Shaklee

bebas endometriosis

DOKTOR PAKAR KATA SAYA MANDUL, TAPI SEKARANG SAYA DAH HAMIL, ALHAMDULILLAH ( BEBAS ENDOMETRIOSIS )

Lama saya duk fikir nak share ke tak kisah ni. Tapi atas nasihat suami, saya terbuka hati untuk kongsi dengan korang hari ni

Korang masih ingat tak bulan julai yang lalu saya ada cerita kisah saya yang telah disahkan ada ENDOMETRIOSIS STAGE 2?

Pada awalnya, ada seorang pakar O&G sahkan saya ada ADENOMIOSIS dan dah mandul.

Saya dah tak boleh hamil lagi buat selama-lamanya

Rahim saya dah rosak dan perlu jalani pembedahan untuk buang rahim.

Sedih gila masa tu. Nangis sampai bengkak mata dan saya tak dapat terima hakikat

Kemudian saya berjumpa seorang lagi pakar O&G di hospital yang lain. Pakar tu kata saya bukan ada adenomiosis tapi ENDOMETRIOSIS dan perlu jalani pembedahan segera

Selepas jalani pembedahan laparoskopi dan betulkan rahim yang terbalik. Saya jaga kesihatan betul-betul.

Saya hanya makan REAL FOOD

Saya detox bersungguh-sungguh dan turunkan berat badan hampir 10kg

Honestly. Saya tak ada ambil sebarang ubat kesuburan yang doktor punya.

Memang pakar tu memujuk saya ambik injection lucrin untuk hentikan haid buat seketika (sebab nak elakkan sakit sengugut yang kronik), tapi saya menolak dengan elok.

Lagipun pakar tu sendiri cakap ubat lucrin ada side effect. Saya takut

Saya kata kat doktor nak cuba berubat dengan supplement Shaklee dahulu. Kalau 3 kali haid saya masih belum hamil, saya akan serah diri untuk diinjek.

Dan pakar akur dengan keputusan saya. Degil kan saya ni hihi

Tapi tak lama pun, 3 bulan selepas saya betul-betul istiqomah detox, makan real food dan supplement, kini saya dah berjaya hamil 3 bulan.

Jun – operation dan start consume supplement khas untuk endometriosis dan kesuburan

September – alhamdulillah hamil (dan bebas endometriosis)

Saya kini check up kehamilan bulanan dengan doktor pakar yang rawat saya dari awal yakni Doktor Ishak KPJ

Doktor sendiri akui penyakit endometriosis saya beransur sembuh pun asbab SET SUBUR SHAKLEE

Setinggi-tinggi kesyukuran saya rafa’kan ke hadrat ilahi kerana sembuhkan penderitaan saya dan kembalikan kesihatan saya seperti sedia kala

Yang paling bermakna, penantian saya selama 3 tahun kini berakhir. 3 tahun saya bersedih tidak dapat hamil walaupun pelbagai usaha yang saya dah buat.

Masa tupun saya tak tahu saya ada endometriosis

Terima kasih suami ku kerana bersabar melayan karenahku yang mabuk teruk

Terima kasih Allah kerana izinkan rahimku berfungsi lagi dan mampu mengandungkan zuriat suami buat kali ketiga

Sekarang dah hari ketiga saya warded disebabkan mabuk yang teruk. Tak boleh makan dan minum. Dehydrated dan alami kencing kotor. Tapi insyaAllah mungkin petang ni saya dah boleh discharge 😊

Tolong doakan saya dan baby sihat sampai tarikh bersalin ye kawan-kawan

Saya juga doakan kalian kat luar sana yang sedang TTC diizinkan Allah untuk hamil.

Nasihat saya buat kalian. Jangan sesekali lemah semangat dan putus asa. Jaga pemakanan sebaiknya, kuruskan badan dan jangan skip supplement

Selagi kita ada rahim, selagi itulah kita masih ada peluang untuk hamil.

Put your trust in Allah untuk bebas endometriosis

Yang benar,

Bekas pesakit Endometriosis stage 2 (bebas endometriosis)

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu