Bekerja Dari Rumah, 4 Tips Kalau nak income 5 angka macam dia

business

Ramai yang tanya saya. Macammana nak jadi ibu bekerja dari rumah macam saya. cewahhh

majoriti yang tanya ni mereka ibu bekerja. ada niat nak bekerja dari rumah jaga anak anak sendiri

Saya bukan la pakar ye. Ramai pakar hebat diluar sana. Sekadar perkongsian pengalaman hidup 4 tahun bergelar ibu bekerja dari rumah

Bekerja Dari Rumah, 4 Tips Korang WAJIB Follow Kalau nak income 5 angka macam dia

1. NIAT

nak jadi ibu bekerja dari rumah sebab apa? sebab duit ke, sebab anak ke, sebab dah menyampah dengan bos ke

Niat kena betul tau. Sebab apa?bila niat tak berapa terang jelas, tu yang bila duduk rumah rasa bosan la, rindu kawan opis la.

Niat betul insyaALLAH takde masa weiii nak bosan. serius sebab ko ada 2-3 keje tau. keje buat business, as mak, as wife. Belum masuk jawatan lain seperti embak supir, cleaner, chef, doktor, pakar motivasi, kaunseling, hakim , lawyer dan lain lain

2. FOCUS

Sebelum nak bekerja dari rumah, korang buat la business part time dulu. Bukan terjah terjun resign je tau. Depends la tapi saya tak boleh la. Suami dah bagi syarat nak resign kena income 3-4 angka dari gaji.

Jadi bila ada target kena capai income business sekian,sekian maka silalah FOCUS

apa maksud focus? ko buat business A , maka focus buat biz A sampai capai income yang korang target tu. Bukan buat business A, B , C asal dapat duit.

itu penjual bukan career. Ada korang jadi cikgu, jadi doktor, jadi lawyer dalam 1 masa.

Sebab apa?

Dugaan bekerja dari rumah dan buat business sangat berbeza dengan makan gaji. Makan gaji ko malas ke, ko buat keje ala kadar ke, ko rajin ke, gaji tetap. kena tunggu increment baru gaji naik

Business income berbeza setiap bulan. Bulan ni rajin, usaha giler giler InsyaALLAH income pun giler.

Bila tak focus , bekerja dari rumah ada banyak jawatan nak pegang kan..agak agak mampu ke?

last last biz ni sikit, sana sikit, sinun sikit. in the end semua ko tak bina empayar biz ko pun. kan rugi

3. RESTU

Jangan lupa minta restu suami, mak ayah, mertua. Suami selalu support je. tapi family selalu pada awalnya agak menentang. Yelah ko dah belajar tinggi tinggi, buat PHD tetiba berniaga kat rumah. Apa kerlasss !

Takpe.. mereka tak faham. Jadi kita kena buktikan dan bagi mereka faham.

Jangan la disebabkan mereka agak pelik dengan keputusan korang terus give up. halooo dugaan kecik je tu.

berniaga 9 per 10 pintu rezeki. pehh kemain senyum lebar sampai ke telinga dengar ni kan. terbayang income rm1000k sebulan, terbayang bawa kete mewah

opsss tapi jangan lupa dugaan, cabaran yang bakal korang tempuh juga 9 per 10 power dia. MAMPU?

time tu la penting nya FOCUS tadi. kalau tak focus mulalah tergagau , nak masuk keje balik la.

4. SABAR

Kitalah mak, kitalah bos, kitalah kuli, kitalah isteri. bayangkan semualah kita. naik ketaq lutut. tido pun tak cukup.

Cara nak praktis benda ni masa korang buat part time. cuma ambil cuti 1-2 hari. dan korang buat business, handle anak anak p sekolah, settle kan hal rumah dan lain lain. lagi bagus ambil sebulan try tengok. Kalau berjaya SYABAS

kalau hari weekend pun ko rasa tak cukup napas.. maka bersedialah kena hadap 365hari hehe

good luck la kepada kawan kawan yang ada cita cita nak bekerja dari rumah. Jangan takut dan work for it

Seronok bekerja dari rumah ni tauuu

Ainul Mustafa
mak anak 3
ainulmustafa.com

 

Bekerja Dari Rumah, 4 Tips Kalau nak income 5 angka macam dia

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?