DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Berat Statik Plateau

Berat Statik Plateau

Berat Statik Plateau. Apa itu PLATEAU ??Ramai orang tak tahu bahawa plateau (berat statik) selepas turun berat yang banyak adalah petanda badan anda NORMAL. Mcamana kalau badan turun tanpa stop? tinggal tulang je awak tu.

Berat Statik Plateau

Body kita macam termostat. Allah dah cipta bagus dan bijak badan kita ni… Bila berat turun mendadak, body akan kata stop! Anda akan menyebabkan fungsi dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Body akan kata ” mari saya sesuaikan dulu berat badan sekarang dan perubahan badan sekarang dengan sistem badan skrg. Tapi bagi saya masa untuk sesuaikan diri. Saya masih terkejut.”

Jadi, bagi masa sekejap badan. Teruskan aktiviti sihat seperti pemakanan sihat dan aktiviti aktif. Masa plateau boleh dipendekkan kalau anda bantu badan dengan menaikkan muscle mass dan makan dengan lebih berhati2.

Sekian celoteh pendek untuk mereka yang terlalu kecewa dengan plateau. Masalah banyak yang jadi bila kita tak bagi masa untuk badan sesuaikan sistem baru. Then kecewa, putus asa, kembali ke jalan hitam.

Tips kurangkan Gemuk Air

Water Retention / Gemuk Air Ialah keadaan di mana badan tidak dapat menyahkan air yang berlebihan dalam badan (eliminate excess water).

Selain daripada kebarangkalian seseorang itu mengalami masalah perubatan yang melibatkan organ seperti jantung, buah pinggang,hati, kekurangan protein (protein deficiency) & sebagainya.

Gemuk Air boleh disebabkan oleh makanan seperti dalam gambar. Mereka yang terlebih berat badan memang biasanya makan lebih kalori dan makanan yang banyak garam tersembunyi.

  • Elakkan makan berproses ( frozen food mcm nugget, ayam goreng frozen, daging burger di pasaraya dll)
  • Minum 8-12 gelas air kosong sehari.
  • Banyakkan makan sayuran dan buahan yang dapat membantu turun berat badan.
  • Lupakan pizza, sup segera dalam tin, cereal . Banyak hidden salts.
  • Rajin buat senaman ringkas.-Pergilah jogging, berjalan pun its okay, Aktiviti senaman dapat membantu membuka saluran darah.

P/s : Harap posting ini dapat sedikit sebanyak dpt bantu darlings2 ilmu baru tentang water retention/ gemuk air ya

Cara turun 10KG dengan pantas, pipi lebih lesung & menawan

1. Makan 500 kalori sehari
2. Amalkan puasa tanpa sahur
3. Skipping 10000X setiap hari
4. Cut sugar, cut karbo, cut makanan proses
5. Makan produk atau kapsul kayangan

Berat confirm boleh turun dengan cepat.Tetapi..Berapa lama boleh bertahan gaya hidup sebegini.Dah lepas turun 10KG, berapa lama boleh kekalkan weight loss tu

Berapa banyak orang kurangkan berat badan dengan cara sebegini tetapi berat naik balik selepas tak dapat konsisten dengan amalan-amalan di atas.

Cara yang lebih selamat, biar lambat tapi masih dapat hasil.

1. Makan seimbang cara kalori deficit
2. Amalkan puasa macam biasa dengan bersahur
3. Buat amalan senaman yang anda enjoy, sekurangnya 20-30 min sehari
4. Tak perlu potong apa-apa, cuma kurangkan yang tak berkhasiat ikut kemampuan
5. Daripada beli produk, lebih baik melabur untuk menuntut ilmu atau dibimbing

Dengan izinNya, boleh turun sehingga 10KG dalam masa 3 bulan.

ADAKAH BERDIET INTERMITTENT FASTING SETIAP HARI MENDATANGKAN BAHAYA?

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bolehkah kita lakukan Diet Intermittent Fasting setiap hari? Takut ada kesan sampingan lain pulak. Terima kasih. Walaikumusalam.

Diet Intermittent Fasting (DIF) adalah diet yang terbaik. Ia hampir menyerupai puasa syarie kita. Bagi mereka yang tidak mampu berlapar dan dahaga, boleh lakukan diet yang mudah ini kerana kita hanya tidak dibenarkan untuk makan. Boleh minum minuman yang tidak manis berkarbohidrat.

Tiada kesan sampingan. Diet IF bukan ubat sintetik. Ia adalah amalan yang telah diamalkan oleh ramai orang diseluruh dunia tanpa masalah.

Saya memetik kata-kata ulamak “berpuasalah kamu, nescaya kamu sihat” Pakar Barat pun kata lebih kurang sama. Tiada orang mati akibat kurang makan, tetapi ramai yang mati akibat berlebihan makan.

Lebih banyak kita berpuasa atau berDiet IF, lebih bagus untuk kita.Buatlah dengan cara yang betul. Macam solat juga. Bila buat dengan betul, baru solat diterima. Jika buat Diet IF dengan cara yang salah, mungkin kita tak dapat sebarang manfaat.

Yang berminat menyertai Kelab Sihat atau nak beli Buku Diet Intermittent Fasting boleh wassap saya.

Saya bukan tidak suka dia BUNCIT, tapi..

Tau tak anda yang buncit2 ni, anda sedang menzalimi tubuh anda? Organ-organ dalaman anda.Masa lahir, Allah jadikan tubuh tu baik comel.. Bila kita ternak lemak, seluruh ruang yang terzahir diluar itu sebenarnya dipenuhi simpanan LEMAK!

Anda tahu tak, apa yang LEMAK tu buat? Ia menyempitkan ruanga dalam badan anda.. Menekan paru-paru sehingga saiznya mengecil.. Bayangkan macam mana paru-paru yang tersepit tu bekerja untuk supply oksigen pada anda? Terseksa dia, agaknya kalo dia boleh bercakap.. Mesti paru-paru tu mengeluh…

“Tolong, tolonglah aku.. Sempitnya aku..”Anda tau tak, apa jadi pada jantung anda? —> saya Simpan part ini untuk next entry saya..

Tahniah buat suami joe labu.. Selepas cubaan kali keberapa ntah untuk ratakan perut dan lost weight.. Kali ini sukses! Apa yang penting adalah tubuh yang lebih sihat “)

Bagi kawan-kawan di FB yang berazam nak kurus n hilangkan lelemak, in shaa Allah saya dan suami boleh bantu.

Cara kuruskan badan dengan mudah!

Ramai yang bertanya bagaimana nak kurus dengan cepat. Ada ke produk yang betul-betul boleh buat kita kurus?

Ya sebenarnya memang ada, tapi biasanya ia memerlukan penggunaan secara berterusan. Jika berhenti memakan produk itu, berat akan naik kembali. Itu yang biasa terjadi.

Bagaimanakah cara penyelesaiannya? Bersenam, bersukan atau aktiviti yang mengeluarkan peluh secara semulajadi. Itu adalah cara terbaik yang diakui berkesan untuk kuruskan badan.

Namun, ia memerlukan 3 perkara sebelum anda bermula :

1. Letakkan berapa berat badan impian
– Jika kita sudah ada target (yang boleh dicapai) kita pasti lebih bermotivasi untuk mencapainya.

2. Konsisten (berterusan)
– Nak kurus cara bersenam sangat mencabar kerana hasilnya nampak agak lambat, jadi pasti ramai yang akan putus asa awal.

3. Sentiasa bermotivasi
– Sentiasalah bayangkan diri anda dalam keadaan sudah kurus.

Yang paling penting sekali adalah keinginan. Jika keinginan nak kurus tu sangat kuat, pasti kita berusaha tanpa putus asa!

Semoga tercapai impian untuk kurus sihat dan cantik

Leave a Reply

%d bloggers like this: