DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Berat Statik

Berat Statik

PLATEAU . berat statik .  Kalori jaga… work out buat… dah lebih 3 minggu berat tak berganjak 100gram pun… anda mungkin mengalami weight loss plateau.  Bagi saya seminggu dua berat tak berganjak belum lagi dikira plateau… tapi kalau dah lebih 3 minggu sebulan… kena buat something.

Ada beberapa cara yg saya sendiri buat utk keluar dari plateau.

🔹1. Air – yg ni tak payah tunggu sampai sebulan, even seminggu takda penurunan berat pun next week tu kita start minum air dengan lebih konsisten at least sampai urine jernih… bila kita kurang minum air, body akan simpan air (water retention)… berdasarkan pengalaman saya sendiri… saya bleh gerakkan semula penurunan berat lebih 2kg selepas 2 minggu sebelumnya takda penurunan langsung, hanya dengan minum lebih air saja.
Lepas minum air still tak jalan kita buat yg no. 2

🔹2. Senaman – pelbagaikan senaman anda, jgn buat senaman yg sama setiap hari, body kita maybe dah boleh adapt dgn pergerakan fizikal tersebut… pengalaman saya sendiri… saya biasa briskwalk 6 kali seminggu… lepas adjust pengambilan air pun tak ubah plateau saya… saya kurangkan buat briskwalk kepada 3 hari seminggu selang seli satu hari jalan satu hari rehat… bila dah ada penurunan saya start balik 6 kali seminggu macam biasa.
Kalau still tak turun jugak buat yg no.3 ni

🔹3. Kalori – ubah pengambilan kalori… saya ada ceritakan sebelum ni mengenai Caloric cycling… ubah pengambilan kalori bukan bermakna rendah kan kalori utk hari2 seterusnya.. tapi pelbagaikan jumlah kalori harian samada kurang makan dgn lebih rendah atau makan dengan lebih banyak dari target kalori harian… kalau target 1500 sehari makan serendah 800-900 kalori harini esok makan setinggi 2100-2500 kalori… tapi make sure masih within target kalori seminggu.
Kalau still masih plateau…

🔹4. Abaikan – fokus pada non-scale victory (NSV) jangan obses dgn angka pada penimbang berat tu… pada pengalaman saya sendiri even berat tak turun pun body kita akan masih mengalami inch-loss… lubang tali pinggang dah boleh kurang lagi satu lubang, seluar makin longgar… peha makin mengecil atau kesihatan kita makin improve… bp makin baik, sugar level makin rendah to normal… naik tangga dah tak mengah… dah boleh jalan dgn lebih jauh

Nasihat saya jangan timbang hari2 nanti stress timbang seminggu sekali… jgn sebulan sekali sebab kalau takda penurunan berlaku kita dah rugi sebulan at least setiap minggu kita boleh adjust perkara2 yg di atas tadi.

BUDAK BAEK terpengaruh dengan majalah 3 semalam, harap lepas bodyfat turun melampau lampau

Aktiviti senaman jalan senaman ni best. Area rumah kami ada 3 taman. Taman hijau, merah dan biru. Mula mula kami jalan ke taman hijau. Singgah sana dan terus buat aktiviti body workout. Bajet nak pushup last last sembab lagi badan. Seterusnya jalan ke taman merah, teruskan lagi aktiviti di situ. Cuma gambar kat taman merah tak diupload. Hahhaha.

Seterusnya berjalan lagi ke taman biru melakukan aktiviti melompat 20 kali hadangan berbeza ketinggian. Jangan main main, sebab ada sorang tuh pernah terpeleot kat situ. Keseluruhan senaman pagi kami . Total berjalan dalam 1 KM, singgah 3 checkpoint untuk bermain palang bodyworkout calisthenic level noobs.Di macam kita jalan kaki pergi 3 gym berbeza di kawasan perumahan kami. yehaaaa.

DAH TURUN BERAT TIME PUASA ?

Seronok tengok progress member fb nih, ada yang dah turun 1,2,3,4 dan berbelas belas kilo. Ada yang dah start diet before puasa, dan ada yang bermula time puasa. Alhamdulillah, tahniah yang nampak progress tuh. Atleast tak sia sia kita puasa. Walaupun kekadang puasa ke laut tak keruan, atleast puasa ni ibadah yang merangkumi kesihatan rohani dan jasmani. Walaupun rohani tuh tak cukup mantap, tapi bab jasmani korang dah nampak progress.

Cumanya katalah dah habis puasa , masih tak capai target lagi, jangan risau. Kalau saya, saya teruskan je puasa sunat. Ulang balik apa yang kita belajar masa ramadan. Sebabnya, memang sukar nak dapat rentak untuk puasa nih. Bulan puasa ni sebenarnya melatih kita dari tahan nafsu makan. Kalau siapa yang buat intermittent fasting (IF), mesti dah boleh continue. Kalau IF biasa boleh minum air, puasa pula dalam kategori Dry Fasting . Mengikut pendapat pakar, dry fasting ni 3 kali lebih berkesan dari IF. Kalau baca pendapat orang barat , depa kata kehadiran air IF sebenarnya boleh meningkatkan rasa lapar. So , bila dah biasa puasa, teruskan rentak puasa selepas ramadan.

Tapi cuma nak pesan, masa Hari Raya tuh paling mencabar. Hahahha memang gile makanan nya. Tapi takpa kita ikut tips Sharifah Aini masa raya. Korang tahu tak dalam banyak lagu raya, lagu Sharifah Aini yang ada subliminal mesage supaya korang jaga makan time raya. Lirik lagu itu berbunyi

“Rasalah ketupat ini, dengan rendangnya SEKALI”
“Sudilah rasa kuihku, pilihlah yang mana SATU ”

Nampak tak ? time beraya, makan ketupat rendang tuh SEKALI je ok, kalau berkali kali , habis sia sia progress ramadan korang. Kuih pun pilih SATU kuih je, kalau pilih lebih dari satu, confirm gula tinggi.

Macam saya, ambil masa 4 bulan juga, 3 bulan tuh continue puasa macam biasa selepas sebulan ramadan. Tambah lagi ilmu senaman, ilmu suku suku separuh, ambil juga super food , oklah dapat berat macam kat bawah nih. Sekali nak ucapkan tahniah kepada kengkawan yang dah start turun berat time puasa nih. Teruskan rentak kecemerlangan anda

Boleh ke nak makan nasi lemak pagi2

Boleh jer kan abe wa dah cakap…makan biar kabar, dah tahu kita jenis sedentary jaga lah portion….Yang jahak dalam hidangan nasi LEMAK adalah sambal bukan pekataan LEMAK tu..Tahu tak 1g lemak terkandung 9 kalori berbanding 1g Carb dan protein yang hanya 4 kalori. Yang bagi lebih banyak tenaga adalah LEMAK..

Bunyi je lemak mesti takut kan Takut makan terus jadi LEMAK…As long as makan masih dalam range BMR & DCR iaitu defisit kalori jangan risau tak naik punye lah..Sambal ikan bilis 2 sudu besar lebih kurang 100kcal+-.. per serving nasi LEMAK 230g bersamaan 390kcal +-

Beli nasi lemak CIAST sambal asing balik so kena rearrange balik..nasi banyak walaupun harga rm 1.50 .nasi amik 1 cup je sambal 1 sudu cukup.. tambah lagi 3 biji telur ayam gred C 200kcal+- nasaboh dia bg telur suku je…celah gigi abe wa je ni…

Makan je apa yang nak makan…tapi jaga portion.Tahu apa yang kita makan… InsyaAllah selagi ada DEFISIT KALORI jangan risau berat tak kan naik .kredit : Anuar Mokhtar

Leave a Reply

%d bloggers like this: