Bersabarlah Dan Minta Pertolongan Allah , Kekal Konsisten

Bersabarlah Dan Minta Pertolongan Allah , Kekal Konsisten

Pokok cili saya ni pernah hampir2 mati (dah kering, daun semua gugur) sbb tak disiram (travel). Lepas tu saya siram dia setiap hari… dia segar semula. Tp tak ada tanda2 dia nak membuahkan hasil. Takpelah, siram lah juga.

Until Danny datang dgn idea siram dgn susu basi. Lepas 3 hari, keluar bunga. Ini Masha-Allah, banyaknya bunga dia! Buah pun dah muncul 4-5 biji 😭

Kadangkala kita rasa mcm nak putus harap dgn usaha kita. Mana taknya, buat, buat, buat, sama je hasilnya tak ada.

Tapi sebenarnya Allah sedang uji apakah kita bersabar & terus bersikap positif serts husnuzon dgn-Nya.

Asbab susu basi, pokok cili yang macam tiada harapan dah berbunga lebat.

Bila kita rasa dah penat berusaha tp hasilnya tetap sama – tiada hasil, serahkanlah urusannya kepada Allah. Allah akan datangkan bantuan dlm bentuk ilham, apa nk kena buat lagi.

Insya-Allah, hasil yg tertangguh dinikmati lebih manis rasanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.