Bersenam Cuba Amalkan Setiap Hari, Boleh Hidup Lebih Lama

man running on sand field
Photo by Zakaria Boumliha on Pexels.com

Anda semestinya sudah maklum bahawa bersenam sememangnya baik untuk kesihatan,namun akibat kekangan masa akibat sibuk dengan kerja dan urusan harian kita selalu memberi alasan untuk membataskan diri kita untuk meluangkan sedikit masa untuk bersenam.Jadi selepas membaca artikel ini,saya harap anda tidak lagi memberi alasan untuk tidak bersenam walaupun hanya 5 minit sehari.

Kajian menunjukkan walaupun dengan bersenam selama 5 minit setiap hari dapat memberi kesan positif yang ketara terhadap kesihatan dan kesejahteraan seseorang individu itu.Jom kita baca 8 kelebihan yang anda akan peroleh hanya dengan bersenam selama 5 minit sahaja setiap hari.

1 . Mengurangkan Risiko Penyakit Berkaitan Kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular menjadi penyebab kematian utama di Amerika Syarikat ketika ini.Dengan mengamalkan senaman aerobik sekurang-kurangnya 5 minit sehari setiap hari,dapat mengurangkan sebanyak 50 peratus risiko untuk anda menghadapi penyakit berkaitan kardiovaskular ini.Satu kajian berkaitan aktiviti bersenam dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular telah dijalankan ke atas 55000 orang dewasa berkaitan tabiat senaman mereka selama 15 tahun memperlihatkan mereka yang walaupun sedikit aktif mempunyai paru-paru dan jantung yang lebih kuat.

2. Mengurangkan Risiko Kematian

Kajian yang sama juga mendapati risiko kematian disebabkan pelbagai penyakit juga adalah berkurang hampir 1/3 walaupun seseorang itu mengamalkan senaman kurang dari 51 minit seminggu berbanding dengan mereka yang tidak langsung bersenam.Jadi anda perlu ada strategi masa untuk bersenam.Sebagai contoh masa 51 minit tersebut dipecahkan kepada 8 minit sehari untuk 1 minggu atau hari ini anda buat 5 minit,esok anda buat 8 minit dan seterusnya untuk hari-hari lain sehinggalah cukup 51 minit seminggu. Mudah bukan?

3. Hidup 3 Tahun Lebih Lama

Bukan sahaja bersenam dapat mengurangkan risiko kematian,ianya juga dapat meningkatkan hayat hidup anda. Daripada 55 000 peserta yang diuji dalam kajian yang saya sebut diatas,mereka yang kerap bersenam dan konsisten akan hidup lebih lama 3 tahun secara purata. Lihat bagaimana hanya dengan bersenam walaupun hanya sekejap dapat memberi impak kepada lifespan anda.

4. Kesan Positif Terhadap Tekanan Darah (Blood Pressure)

Memandangkan dengan bersenam meningkatkan kecergasan kardiovaskular,tidak menghairankan dengan bersenam secara kerap dan konsisten memberi kesan yang baik terhadap tekanan darah anda.Suatu kajian bertajuk “Aerobic interval training reduces blood pressure and improves myocardial function in hypertensive patients” dan diterbitkan oleh European Journal of Preventative Cardiology menunjukkan lebih banyak senaman yang diterima jantung anda,lebih bagus ianya mengawal aturan tekanan dan aliran darah di dalam badan anda.Tekana darah yang baik dan sihat mengurangkan risiko untuk anda mendapat serangan jantung dan strok,2 penyakit yang sangat ditakuti manusia.Bersenam sangat-sangat menakjubkan kesannya terhadap kesihatan.

5. Mengurangkan Sensiviti Gula Dalam Darah (Blood Sugar Sensitivity)

Apabila tubuh anda sensitif dengan perubahan gula dalam darah,anda sangat berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis (Diabetes).Di Amerika Syarikat sahaja,Diabetes telah menyebabkan kematian sebanyak 71,000 orang setiap tahun.Kajian dari Kowsar Medical Institute menunjukkan bahawa dengan bersenam / berlari secara kerap dapat membantu mengurangkan sensitivity terhadap gula dalam darah (blood sugar sensitivity) walau anda memang telah mempunyai penyakit kencing manis ini.Jadi anda pilih bersenam setiap hari atau suntikan insulin setiap hari?

6. Kesan Terhadap Emosi Yang Lebih Baik

Sains telah menunjukkan emosi seseorang akan bertambah baik selepas seseorang itu bersenam. Ini kerana otak manusia akan membebaskan bahan kimia seperti endorphins yang merangsang otak sekaligus menyebabkan anda berasa tenang serta emosi yang stabil dan terbaik.

7. Meningkatkan Kualiti Tidur

Tahukah anda senaman yang dilakukan secara kerap dapat meningkatkan kualiti tidur lebih baik dari anda menelan pil tidur yang paling kuat tanpa apa-apa kesan sampingan? Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2012 terhadap kesan senaman pagi setiap hari telah diterbitkan didalam Journal of Adolescent Health (2012 study on daily morning running) mendapati senaman atau larian yang dilakukan setiap pagi memberi kesan yang baik terhadap kualiti tidur

8. Bersenam Meningkat Dan Memperbaik Fungsi Mental

Bukan sahaja senaman dapat menjadikan tidur anda di malam hari lebih baik,ianya juga menjadikan anda lebih efektif apabila anda bagun dari tidur keesokannya. Kajian bertajuk Running to catch up: rapid generation of evidence for interventions in learning disability services yang diterbitkan oleh British Journal of Psychiatry menyatakan bahawa senaman dapat meningkatkan fungsi mental manusia menjadi lebih baik. Bukan sahaja senaman bermanfaat terhadap fizikal tetapi juga mental.

Fakta dan bukti dari pelbagai kajian telah saya sertakan. Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak lakukan senaman. Hanya perlukan minimum 5 minit sehari setiap hari.Contoh senaman mudah yang anda dapat amalkan adalah seperti berlari-lari selama 5 minit,berlari setempat,lompat bintang atau paling mudah jangan anda gunakan lif di tempat kerja anda. Amalkan menggunakan tangga setiap hari untuk ke pejabat anda

sumber : segalanyaunik

Hoo, dah lama nak bikin entry macam ini, macam biasa semuanya datang dari nuffnang, pertanyaan orang diluar sana tentang orang yang ada otot. Hoo penting sangat ke ada otot ini ? So macam-mana nak ada otot ? Aku pun duk tengah kaji-kaji, biasanya orang yang ada otot ni, memang totally sihat dan macho, macam malik nor dulu, takpun kawan aku masa sekolah pun, dari kurus cicak kobeng, sekarang dah berketul-ketul muscle kat badan dia, hoo power power. Aku pun lepas ni nak kena rajin pergi gym. Oklah jom kita borak-borak sikit tentang kelebihan orang yang berotot ni.

Angkat Berat

Angkat berat ni kiranya macam latihan kekuatan adalah yang menggunakan rintangan untuk memperkuatkan dan keadaan sistem otot, meningkatkan bentuk otot dan daya tahan. So kalau rajin angkat berat dengan kauedah yang betul dan konsisten, korang boleh perhatikan peningkatan dalam saiz otot, meningkatkan kekuatan otot, dan meningkatkan kekuatan tendon, tulang, dan kekuatan ligamen. Mengangkat berat juga telah terbukti untuk meningkatkan kesihatan psikologi juga, dengan meningkatkan keyakinan dan harga diri. Jadi kalau badan lembik dan banyak lemak, memang kadang-kadang ianya terlalu membuatkan kita kurang bermotivasi dan tak bagus untuk kesan psikologi kesihatan kita.

Meningkatkan Rupa Fizikal dan Prestasi

Benda paling penting ialah, tentunya nak badan cun macam arnold shwazeneger tu, ataupun nama glamer ialah arnold susah nak eja, arnold ye bukan enot. So korang pun, bila dah ada otot yang kuat, sebenarnya banyak membantu dari segi kerja harian korang, aktiviti sukan, hobi dan sebagainya. Contoh bila nak buat kerja yang berat, korang tak rasa susah, sebab dah biasa buat latihan rintangan yang kuat. Tapi kalau dah malas, memang buat kerja apa pun tak jadi, hehehe.

Meningkatkan Kadar Metabolisme ( membakar kalori yang berlebihan )

Pentinganya untuk membina otot ialah ianya banyak membantu untuk meningkatkan kada metabolisme badan kita. Basal Metabolic Rate (BMR) amat penting, kerana ia menunjukan berapa banyak tenaga yang kita gunakan semasa kita berehat, supaya fungsi badan kita berada pada tahap normal. Meningkatkan metabolisme juga adalah satu faktor penting untuk mereka yang ingin menguruskan badan, dan mengekalkan bentuk badan yang menarik dan menawan, ala-ala rita rudaini.

Membantu Mengurangkan Kecederaan

latihan secara konsisten, mengekalkan kecergasan juga amat penting, supaya kita kurang mendapat kecederaan. Otot ini kiranya bertindak sebagai agen penyerapan dan mengimbangi badan kita. Satu contoh yang terbaik yang kita boleh tengok ialah abang Cristiano Ronaldo kita, yang dikatakan jisim ototnya memang terbaik, walaupun tak berketul-ketul, tapi CR7 itu jarang sekali cedera ketika beraksi di padang. Kelebihan berotot dan kecergasan yang bagus adalah satu perkara penting bagi atlet sukan. Sampai satu tahap itu, Paolo Di Canio, pengurus terbaru kelab Sunderland, nak denda pemainnya yang meningkat berat badan semasa cuti. Tapi kalau dah urat dawai tulang besi, tu P ramlee je yang tahu, hahaha.

Suplemen Yang Berkaitan

Banyak juga yang membincangkan isu ini, kalau takda suplemen, macam mana nak dapat body yang cantik. Biasanya orang angkat berat suka ambil WHEY protein, yang mampu melindungi otot bila berlakunya fatigue. Biasanya bila badan sudah mula lemah, kebarangkalian untuk jisim otot berkurang adalah tinggi, berbanding dengan jisim lemak, jadi fungsi protein, terutamanya Leucine, amat penting untuk memastikan jisim otot kekal supaya lemak dapat dibakar dengan baik. Ini menjadi satu faktor untuk mereka yang betul-betul inginkan otot yang kuat.

Perlu tak badan berotot-otot ?

Hmmm yang penting, badan kita perlukan juga senaman untuk menguatkan otot, tak perlulah nak badan besar macam malek nor, tapi lebih penting untuk membakar lemak-lemak yang ada, supaya kita lebih sihat dan bertenaga serta bermotivasi untuk bekerja. Zaman sekarang, gemuk sikit pun susah nak dapat kerja, huhuhu, so rajin-rajinlah bina otot sikit untuk kesihatan. Tapi kalau nak berlakon macam abang aron aziz, kenalah rajin usaha sikit, angkat besi,mangkuk, pinggan, dan sebagainya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply