BERTENAGA KETIKA BERPANTANG BERSALIN UNTUK IBU POWER

bertenaga ketika berpantang bersalin

Proses berpantang bersalin sangat memenatkan. Proses melahirkan anak masih belum sembuh sepenuhnya, disambung dengan proses berpantang pulak. Berpantang bersalin lebih memenatkan apabila bayi terkena demam kuning, bayi meragam setiap malam dan si ibu terpaksa bangun setiap 2 jam setiap malam untuk menyusukan anak. Jadi penting untuk ibu bertenaga ketika berpantang bersalin.

Ibu Perlu Bertenaga Ketika Berpantang Bersalin

Oleh kerana ini, si ibu perlukan makanan yang cukup nutrisi, cukup zat bagi membantu proses penyembuhan berjalan dengan cepat. Bila badan kita cukup keperluan nutrien, badan akan lebih segar bertenaga. Selain pemakanan yang baik, kita perlu mengambil vitamin untuk melengkapkan nutrisi yang kurang dari pengambilan dari makanan sahaja. Vitamin yang baik juga boleh membantu badan lebih bertenaga, segar,luka cepat sembuh. Kelebihan lain tiada sembelit, susu ibu pun banyak

Set Shaklee Supaya Bertenaga Ketika Berpantang Bersalin

Set Shaklee Supaya Bertenaga Ketika Berpantang Bersalin

Vitamin B Complex Dengan Asid Folik 

Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.  Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah. Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.

VitaLea (Multivitamin) 

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.

Vitamin C 

Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut. Sebiji Vitamin C bersamaan dengan 7 biji buah oren.

Zink 

Zink paling penting dalam proses pemulihan luka, bersama-sama dengan iamin C dan Protein. Mambaik pulih luka jahitan dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan semasa berpantang. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh berpantang.

ESP – Susu Soya Protein 

ESP Susu Soya Protein baik untuk penghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu Berpantang dan Ibu Menyusu digalakkan mengambil ESP Susu Soya Protein. Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot.Membantu dalam penurunan berat badan. Membantu menambah penghasilan susu ibu. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.

Ostematrix (Kalsium) 

Ostematrix adalah kalsium. Bagi ibu yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang. Membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.

Alfalfa 

Alfalfa Shaklee merupakan tumbuhan yang mengandungi terlalu banyak manfaat kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh Lecithin dan akan membawa keluar dari badan. Juga merupakan galactagogue iaitu herba membanyakkan penghasilan susu ibu.

Kesimpulannya Set Berpantang Bersalin Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu berpantang bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum selepas bersalin. Selain itu, Set Berpantang Bersalin Shaklee juga adalah Set Berpantang Bersalin yang menjimatkan bagi ibu-ibu kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang, tetapi ia juga boleh dimulakan semasa kehamilan dan diteruskan selepas berpantang. Ini bermakna kegunaannya tidak terhad semasa berpantang sahaja. Set yang boleh digunakan sepanjang masa adalah sangat berbaloi untuk wang dan juga kesihatan ibu-ibu semua.

set berpantang testimonial

set berpantang testimonial

Jom Kita Bertenaga Ketika Berpantang Bersalin

Anda boleh terus order di sini >>  SET BERPANTANG BERSALIN SHAKLEE dan pihak GDEX atau Citylink akan hantar terus ke rumah anda. Senang je kan :)Sekiranya anda mahu penjimatan 20%  boleh hubungi saya di 013-3612717 atau email ke ainulfadzilah@gmail.com.

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu