Betul Ke Anak Jaundis Kena Minum Susu Kambing ?

Betul Ke Anak Jaundis Kena Minum Susu Kambing ?

MITOS ANAK JAUNDIS vs SUSU KAMBING

Anak kuning (jaundice)?
Jaundis adalah perkara normal sebab organ hati nak kick start, baru nak fungsi.
Kuning naik sebab kadar bilirubin yang masih tak dapat dileraikan oleh hati.
Tetapi jika terlalu tinggi akan membahayakan nyawa baby.
Maka cara nak keluarkan adalah melalui najis besar anak…
Nak kerap buang najis besar?
BAGI SUSU IBU SAHAJA

Jangan gatal nak bagi susu kambing la, air anggur la sebab tindakan hang tu boleh memudaratkan baby!!!

Alaa beberapa titis saja…
Aku cubit kuat kuat nanti..
Boleh bagi kepastian betapa bersih susu kambing tu?
Tau tak lemak, protein, kandungan zat dalam susu kambing tu tak boleh dihadam lagi oleh baby?

Alaa sunnah Rasulullah SAW minum susu kambing..
Tang mana sunnah Rasullullah SAW minum susu kambing bawah usia 2 tahun sedangkan kalau ibunya tidak dapat susu beliau masih ada ibu susuan.

Baby yang kuningnya tinggi normal sentiasa nak tidur…Tugas ibu:

1. Kerap susu kan anak setiap 1-2 jam sekali
2. Gerakkan anak bangun menyusu kalau tidur lama sangat
3. Menjalani rawatan phototherapy jika perlu

Nak bagi apa apa bagi dekat mak nya..jangan bagi dekat baby..
Nak bagi susu kambing sekali suh minum 1 liter pun takpe..

Ulang semula

JANGAN BAGI BABY BAWAH 6 BULAN MINUM SELAIN SUSU IBU !!!!

Sekian~

Kerapkan penyusuan ibu-ibu sekalian ❤

Kredit: @Dietitian Fizah Sobri
Sumber: Bahagian Pemakanan, KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat