DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Betulke Suami Sekarang Tak Boleh Masuk Wad Bersalin ?

Betulke Suami Sekarang Tak Boleh Masuk Wad Bersalin ?

“Doktor, betul ke suami saya tak boleh masuk ke wad bersalin ni?”

Sambil saya periksa bayinya yang baru lahir, saya mengangguk.

Sejak PKP bermula, wad bersalin dah tak terima pelawat. Suami, mak kandung atau mak mertua pun tak boleh masuk ke wad.

Nak hantar barang pada isteri pun hanya boleh disampaikan melalui pegawai keselamatan di setiap blok.

Jadi saya nak kongsikan 5 perkara yang suami kena tahu tentang isteri selepas bersalin (Post Partum).

✔️ Isteri akan kepenatan yang amat. Dia perlu baring, rehat dan tidur. Tenaga yang hilang perlu diganti semula untuk menyusu anak pula.

✔️ Buang air besar dan kecil kali pertama selepas bersalin tu akan jadi sakit pada isteri. Sakit tu sebab ada kawasan kemaluan dan serviks yang terluka. Boleh jadi juga sebab luka episiotomy.

✔️ Walaupun dah bersalin, isteri tetap rasa sakit pada perut. Sebabnya rahim akan mula mengecut. Rahim akan ambil masa sehingga 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Bukan terus kempis dalam masa sehari.

✔️ Ada darah nifas atau dipanggil Lochia.
• Berwarna merah selama 1-4 hari yang pertama.
• Jika darah merah turun lebih dari seminggu atau ada ketulan darah, baik rujuk doktor sakit puan yang berdekatan. Risau dah ada jangkitan kuman.

✔️ Selepas bersalin, jangan pelik kalau emosi isteri jadi tak stabil. Boleh jadi tiba-tiba marah, tiba-tiba nak menangis.
• Perkara ni boleh terjadi dalam masa 1-2 minggu selepas bersalin.
• Suami wajib bagi sokongan, takut-takut melarat dan jadi Post Partum Depression.

Dalam wad, walaupun ada jururawat tapi tak sama bila suami tak ada. Sebab tu semasa berpantang, jagalah makan minum, rehat dan tidur isteri.

Luka bersalin boleh pulih, tapi yang lebih bahaya ialah tekanan pada emosi isteri.

Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada pasangan lain. Pada yang bakal menimang cahaya mata, saya doakan dimudahkan urusan kalian.

Jemput follow FB Redza Zainol supaya tak terlepas info kesihatan kanak-kanak menarik di wall saya.

Belajar lebih banyak ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak di Channel Telegram saya ➡️ https://t.me/NotaRedzaZainol

kredit : Redza Zainol

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat