DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Beza Vaksin Pfizer dengan Sinovac

Beza Vaksin Pfizer dengan Sinovac

Terbaharu, pertikaian vaksin “sinovac” untuk rakyat kelas “bawahan”, Pfizer untuk VVIP.

Kami sebenarnya suka perkembangan perbualan hangat tentang vaksin oleh rakyat ketika ini. Kenapa kami suka? Ini tandanya rakyat sudah mula menerima vaksin cuma lebih cakna tentang apa yang sepatutnya masuk ke dalam badan.

Sebenarnya untuk mengatakan ada dua darjat vaksin, ianya tidak betul sama sekali. Kami suka menjawab pertikaian ini dalam bentuk analogi. Kita gunakan Tesla dan Bentley sebagai contoh.

Tesla adalah kereta elektrik, Bentley pula adalah kereta yang menggunakan petrol. Kedua-duanya mempunyai agenda yang sama. Iaitu selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.

Malah untuk katakan sinovac itu produk murahan juga salah. Sebab mengikut infografik yang viral sekarang ini, kosnya lebih sedikit mahal berbanding pfizer.

Dan kita semua sedia maklum, pembelian vaksin akan menerusi pharmaniaga secara pukal, dan akan dipakejkan di dalam negara. Pastinya kos akan jadi lebih murah.

Namun yang lebih penting, terdapat 4 lagi vaksin yang sedang berusaha untuk mendapat kelulusan NPRA. Percayakan NPRA KKM. Prosesnya sukar. Bukan mudah untuk bawa vaksin dan digunakan di dalam negara. Merekalah pelindung kita daripada bahaya ubat-ubatan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: