BIJI MILIA – Petunjuk Kepada Salah Pilih Skincare

biji milia

Menyebutnya mungkin indah, tapi rupa Milia yang tumbuh di permukaan kulit wajah mungkin boleh membuat mana-mana wanita hilang keyakinan diri. Sekilas, rupa Milia atau bintil-bintil kolesterol yang berwarna putih ini kelihatan sama seperti whiteheads namun ia sebenarnya sejenis keratin berisi minyak yang sebati dengan kulit. Kehadirannya kerap ditemui di sekitar mata sehingga menjejaskan penampilan wajah yang licin sempurna. Tatkala mata bertentang mata, usah biarkan pandangan si dia diganggu sang Milia. Kehadiran ‘si kecil’ ini menunjukkan anda telah menggunakan produk yang salah seperti krim pelembap mata yang tinggi kandungan minyak.

Walaupun kulit nipis tersebut memerlukan lembapan yang seimbang, namun jangan tergesa-gesa mencalit sembarangan krim kerana dikhuatiri menjemput Milia pada saat anda berusaha mengusir kedutan. Milia terjadi akibat sel kulit mati yang terperangkap di bawah liang pori-pori yang tersumbat dengan minyak. Lazimnya, kerosakan UV menjadi punca utama yang mendorong pertumbuhan Milia kerana kulit menebal melebihi lapisan yang sepatutnya.

Rawatan

Berhenti daripada menggunakan losen atau pencuci solekan anda yang biasa. Ini bagi mengelak Milia daripada tersebar ke bahagian kulit yang lain. Jangan gunakan sebarang produk pengelupasan yang didapati mencetuskan masalah Milia.

Dapatkan perhatian doktor jika Milia bertambah banyak dan serius. Anda mungkin akan diberi krim retinoid atau Milia tersebut dicungkil menggunakan sejenis alat yang dikenali sebagai comedone extractor. Pakar kulit juga mungkin mencadangkan rawatan pengelupasan asid buah atau prosedur sampingan lain seperti microdermasion.

Selain itu, implikasi Milia juga timbul akibat penggunaan ubat steroid topikal atau rawatan spa seperti prosedur skin resurfacing atau dermabrasion. Prosedur-prosedur ini merupakan kesan sampingan terhadap proses pengelupasan, ditambah penggunaan produk penjagaan wajah tertentu yang menambah penghasilan minyak dan menjejaskan pori-pori kulit anda. Contohnya produk krim wajah yang bersifat komedogenik atau menyumbat pori-pori.

sumber: pamapedia

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu