DIET DIET SIHAT

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA

Bila Affirmation Tak Menjadi, Kena Check Balik Cara Kita

Bila Affirmation Tak Menjadi, Kena Check Balik Cara Kita

Affirmation Tak Menjadi?

.

Dah bertahun2 buat affirmation, tapi kehidupan masih sama, tak berubah2 pun. Sama je macam tuuu, walaupun kata2 positif diucapkan saban hari. Kenapakah?

Affirmation adalah ayat2 positif yang kita cakap kepada diri sendiri. Ada banyak definisi & cara utk buat affirmation. Dari se-simple “Aku boleh!” kepada ayat panjang berjela.

Persoalannya, adakah ia benar2 berkesan?

Org kata dalam dunia ni, ada 2 benda je yang confirm : cukai & mati.

Dan walaupun tak confirm, tak salah kita nak selidik kenapa tak menjadi2.

Antara sebab kenapa affirmation tak menjadi,

1) Tipu Diri Sendiri

Mulut cakap “Aku magnet wang!” Hati kata “Tak, kau bukan magnet wang”

Mulut cakap “Aku berjaya” Hati kata “Tak, kau takkan berjaya”

Cara ini adalah dgn menyatakan affirmation seolah2 kita telah mencapainya. Tapi bagi yang left brain dominant, susah nak hayati teknik ni. Ia macam tipu diri sendiri je.

2) Tidak bersandar pd Allah SWT

Walau sebesar sehebat mana pun affirmation kita, mesti letak Allah dulu. Hebat mana, super luar biasa macamana pun, kita tetap debu kerdil yang tak berdaya tanpa bersandar kpd Allah SWT. Affirmation yang digantung kpd Allah SWT lebih powerful & positif kerana kita tak bergantung pd diri sendiri yang serba lemah ni.

3) Tidak menjadi pendorong utk usaha

Affirmation bukan tangkal yang mana kita sebut2, dapat… sebut2 dapat… affirmation adalah kata2 dorongan utk kita usaha dgn gigih dan positif, bukan utk kita cakap2, bayang2 & ….pling pling! Eh menjadi pula.

4) Hanya utk buat rasa ‘sedap hati’

Affirmation bukan utk buat kita rasa sedap hati, tp macam kita letak additif dalam fuel, nak bagi lagi laju, nak kasi lagi pecut. Bukan utk feeling2 je.

So, bagaimana nak buat supaya affirmation menjadi?

1- Berikan energy utk bertindak

Bertindak dgn proaktif, bukan berangan & menanti sesuatu terjadi.

Contohnya,

“Aku faham produk, aku faham company, aku faham team aku. Aku uruskan masa utk train team aku, jumpa prospek baru, encourage setiap org dalam team aku utk develop diri dan bisnes mereka”

“Aku suka buat benda baru, aku suka explore, aku suka dapat result, aku suka tengok graf biz aku menaik”

2- Based on spesific action, bukan anganan semata2

Affirmation bukan berangan. Bukan letak gambar kereta & hope kereta tu jadi milik kita. Tapi spesific action utk dapatkan kereta tu.

Contohnya,

“Aku komited utk jumpa 10 orang sehari & buat sales RM5,000 sehari. Aku komited coaching team aku & meeting seminggu sekali. Aku komited semua ni no matter what so that aku boleh beli kereta X70 by Disember 2019”

Kita bg dateline pada diri kita, bukan pada impian kita.

Insya-Allah bila kita cakap dgn diri kita kata2 yang menguatkan kita utk beramal bersungguh2, kita akan biasa dgn bekerja, bukan wishful thinking.

Saya doakan anda semua berjaya mencapai impian masing2 dunia & akhirat. Mudah-mudahan Allah tgk usaha kita & membalasnya dgn sebaik2.

Sebagaimana sabda Rasulullah bila ditanya tentang sebaik2 pendapatan,

“Pekerjaan seseorang dgn tangannya sendiri dan setiap transaksi perniagaan yang diberkati”
[HR Imam Al Bazzar]

#iReachSAVERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat