DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

BMI Normal Tapi Lemak Tinggi

BMI Normal Tapi Lemak Tinggi

Malam tadi masuk kelas training dengan nutritionist tentang camana nak baca result hasil InBody Analysis machine yg bakal ada di JB Branch. Mesin kat JB Branch ni adalah yg paling canggih setakat ni berbanding di HQ ataupun mana-mana branch lain kat Malaysia. Dan insya Allah bulan depan ni team kami mendapat penghormatan untuk sama-sama meraikan pembukaan branch JB yg baru, dengan antara aktivitinya adalah buat body composition checkup dengan mesin canggih ni lah.

Memang sangat menyeramkan bunyinya hasil analisis mesin ni tau. Step on untuk 15-30 saat sahaja, dia boleh analisis tahap air, mineral, protein, berat otot & lelemak dalam badan kita! Bukan itu je; lemak kita tu cenderung berat kat belah mana pun dia boleh tau. Dan bukan lemak bawah kulit je tau, siap lemak sekitar organ (visceral fat) pun dia boleh tau kalau bacaannya tinggi. Fuhhh!

Makanya, mesin ni orang gemuk pun akan seram nak naik, orang kurus pun seram nak naik! Nak tau sebab apa?

Ni contoh result untuk orang yg mempunyai berat badan & BMI yg normal. Boleh nampak Weight dia normal je 59.1kg je. Memang di bawah kategori Normal ni kalau ikut ketinggian dia berdasarkan graf tu. Tapi, cuba tengok SMM (Skeletal Muscle Mass) & Body Fat Mass dia pulak. SMM dia di bawah paras normal & BFM dia terlebih dari paras normal yg sepatutnya! So, apa maksudnya?

Maksudnya, walaupun dia kelihatan kurus/normal, tapi sebenarnya badan dia terdiri daripada lemak yg berlebihan. Biasanya kalau orang kurus tapi lemak tinggi ni, visceral fat lah yg tinggi. Which is, ia lebih bahaya berbanding lemak yg banyak di bawah kulit yg menyebabkan kegemukan! Visceral fat ni adalah punca kepada penyakit berbahaya seperti kolesterol tinggi, penyakkt jantung, salur jantung menjadi sempit, darah tinggi & stroke juga tau.

Dia juga kekurangan berat otot. Bermaksud, dia bukan seorang yg suka bersenam. Dan berkemungkinan juga dia kekurangan pengambilan protein yg boleh membantu membina otot yg kuat.

Kesimpulannya, dengan hasil analisis mesin ni, kita boleh tahu tahap kesihatan dalaman seseorang tu. Sebab tu namanya InBody Analysis. Kita juga boleh tahu, jika seseorang itu berjaya menurunkan berat badannya, adakah dia berjaya menurunkan berat lemak yg sepatutnya dinyahkan, ataupun dia sebenarnya kehilangan berat otot yg sepatutnya dimiliki. Sebab tu kita kena pilih cara diet yg betul bila nak menurunkan berat badan!

kredit : irdabay

Leave a Reply

%d bloggers like this: