DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Body Cantik

Body Cantik

TIPS BODY MENTEN MACAM ANAK DARA

Pernah tak rasa nak turun berat badan tapi blur sangat tak tahu nak dari mana. Tips kurus semua dah hafal, save dalam phone tapi nak start dari mana tu blur sikit rasa.

Jadi hari ni kami ringkaskan, 7 tips pertama yang anda kena fokus dulu, supaya tak pening pening nak buat mana satu dulu. Banyak sangat nak buat ni!

1 . SET TARGET – Yang pertama sekali ialah kita timbang, kira kira dan buat keputusan, nak kena turun berapa kilo ni? Kalau nak kena turun 20kg, ok, set pula dalam berapa lama kena settle 20kg.

Mungkin dalam 5 bulan. Sebulan turun dalam 4kg. Kalau lebih cepat lebih baik. Tapi at least dalam kepala kita dah setting target. Bila kita dah set macam ni, dah tulis, InshaAllah lebih mudah menjadi kenyataan.

2. BUAT PLAN TERPERINCI – Dah tahu nak turun berapa kg, so dalam 5 bulan apa plan kita? Dah boleh buat planning dari segi ;

Pelan pemakanan. Plan terus dari seminggu ke seminggu, plan sekali menu, senang nak beli bahan mentah nak masak
Masa Bersenam – susun masa, buat jadual, cari masa setiap hari dalam 15 – 20minit untuk bersenam dah cukup.
Plan detail jika ada kursus atau seminar – kalau kena travel atau kursus plan awal awal, bagaimana nak maintain diet.
Sediakan botol air yang mudah dan praktikal untuk kita – jika anda banyak travel, bawak botol yang senang anda bawa ke mana mana. Jika anda banyak duduk di pejabat, sediakan botol yang sesuai.
3. TINGGALKAN GULA – Buat sementara, break-up sekejaplah dengan gula. Biasakan lidah tanpa manis manis tu. Tak perlulah asyik kena manis jee mulut tu. Gula ni memang penyumbang utama obesiti!

4. PILIH MENU MAKANAN SEIMBANG – Mula untuk pilih makanan seimbang setiap masa, pastikan hidangan anda cukup protein, karbohidrat dan fiber. Elakkan hidangan seperti nasi goreng, mi goreng yang mempunyai kandungan karbo dan lemak yang tinggi tapi sangat kurang protein.

5. AMBIL SNACKING – Snacking ni makanan ringan yang sihat yang kita ambil di antara masa makan, contohnya antara Sarapan dengan Makan Tengahari. Cadangan snacking macam ; Roti gandum, buah-buahan dan kekacang.

6. LATIH DIRI UNTUK MINUM 3LITER SETIAP HARI – Air kosong tau! Bukan teh tarik, sirap atau coke pula! Latih diri untuk minum air kosong sebanyak 3Liter setiap hari. Buatlah ikut taste kita, sejuk ke panas ke, bagi wangi dengan lemon ke mint ke, asalkan bahagia. Yang penting 3Liter!

7. JAGA PORTION – Portion ni maksudnya kuantiti makanan. Contoh kalau makan nasi, senggenggam je dah cukup. Jangan terlalu banyak. Buah pun 1-2 biji pun dah cukup, jangan berlebihan. Walaupun kita makan makanan sihat, portion tetap kena jaga, jangan berlebihan.

Banyak lagi tips yang boleh ditambah, tapi kalau bagi banyak sangat nanti tak terbuat. So kami bagi 7 step je dulu, latih diri dan biasakan untuk buat 7 langkah pertama ni ya!
.

.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat