DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Boleh Ke Periksa Suhu Pada Tangan ?

Boleh Ke Periksa Suhu Pada Tangan  ?

Topik: Boleh ke cek suhu kt tgn?

Rmai sy perasan masih amalkan amalan yg tidak tepat iaitu cek suhu guna tapak tangan. Walaupun sblm ni dah berkali kali KKM ingatkan tp msih ada yg tidak cakna.

Ok. sbrnya ada sebab suhu diambil hanya ditempat2 tertentu spt di dahi, bawah lidah, telinga atau di rektum(dubur).

Secara saintifiknya, suhu badan plg tepat adalah di dubur tp kurg digunapakai kerana faktor ketidakselesaan . Selain di dubur, tempat lain yg agak tepat adlah di bawah lidah, di bawah ketiak dan di telinga. Sebab apa? Sebab suhu yang diambil kt situ lebih hampir dgn suhu teras badan kita (core temperature) iaitu suhu organ dalaman dan sbg. (Rujuk Gambar)

Dibandingkan dgn suhu di tangan/kaki dan sbgainya(periphery), kawasan ini lebih mudah bertindakbalas dgn keadaan dan suhu sekeliling spt cth, ketika cuaca sejuk, suhu di tgn kita akan lebih sejuk berbanding di kawasan badan kerana tindakbalas badan kita untuk mengekalkan haba supaya organ penting dpt berfungsi scara normal. kalau kita perasan di negara sejuk kawasan peripheries ini termasuk jari tgn dan kaki akan diserang “frostbite” dahulu berbanding kawsan lain. Oleh itu suhu di kawasan peripheries ini tidak tepat kerana tidak menggambarkan suhu sebenar di badan atau suhu teras seseorang.

Secara kesimpulannya, amalan ambil suhu di tgn sgtlah tidak tepat dan dibuang terus. Jadi andai kata nampak keluarga kita rakan2 kita tolg lah nasihat dan share ilmu ni untuk manfaat bersama.

Sekian. Insyallah sy akn cuba bykkn lg topik kesihatan yg menarik utk bacaan dan tatapan umum. Doakan 😜👍

kredit : Dr Azim Azmi

Leave a Reply

%d bloggers like this: