BOS Kerja Sikit Gaji Besar ?

BOS Kerja Sikit Gaji Besar ?

Saya ada tonton satu rancangan lawak ni. Antara dialog dalam benda lawak tu dia cakap “Kau tengok Bos kau, bukan buat kerja pun. Masuk bilik, baca paper, lepas tu balik. Yang buat kerja siapa? Kau kan? Tapi gaji dia banyak, gaji kau sikit”.

Best giler jadi Bos kalau macam tu wei!

Masalahnya kerja Bos bukan segitu. Bos adalah pembuat keputusan. Keputusan yang melibatkan beratus, malah beribu pekerja.

Berbaloilah gaji Bos besar, sebesar tanggungjawabnya.

Nak rasa jadi Bos?

Alhamdulillah dah masuk 10 tahun saya jadi Bos kepada diri sendiri. Jadi Bos sendiri ni sangat mencabar tau. Sebab kita ada pekerja yang kita nak sentiasa motivate supaya dia sentiasa buat kerja dgn baik – iaitu diri sendiri 😭

Masa kita kerja makan gaji, kita boleh kutuk Bos, bila dah kerja sendiri, macamana nak kutuk Bos 🤣 nak marah pekerja pun tak boleh. Pendek kata kena sentiasa bekerjasama dlm keadaan harmoni….

Tapi… semuanya berbaloi, insya-Allah. Lagi-lagi lah bila pekerja kita nan sorang tu (kita lah tu) buat kerja dgn baik dan tidak pernah mengulor, apa lagi nak cuti2 sakit. Bos pulak (kita jugak) sangat baik hati tp tegas demi sebuah produktiviti…

Dan setahun sekali wajib buat company trip, bukan je Bos (kita), tapi pekerja pun (kita jugak!) boleh bawa keluarga masing2 bercuti bersama.

Barulah hubungan Bos dgn pekerja sentiasa di maqom tertinggi.

NAK JADI BOS?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.