Breathalyser Kesan Covid-19

Breathalyser Kesan Covid-19

Breathalyser Kesan Covid-19. Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura baru sahaja meluluskan bersyarat peranti breathalyser kedua buatan syarikat Singapura bernama TracieX. Peranti ini dikatakan boleh mengesan partikel VOC yang terhasil daripada jangkitan C19. Ia akan dikesan oleh breathalyser ini dalam masa dua minit.

Breathalyser Kesan Covid-19

Kajian telah dilakukan pada beribu-ribu rakyat Malaysia atau perseorangan yang melalui pintu masuk antarabangsa Tuas ini dikatakan boleh setanding seperti Ujian PCR. Ia mempunyai 95% sensitiviti dan 99% kejituan. Ia juga murah dalam USD20 atau sekitar RM90 dan sangat pantas. Pejam kelip dah siap.

Alat ini boleh membantu di dalam aktiviti saringan seperti mereka yang ingin keluar/masuk negara atau saringan dalam program-program perhimpunan yang besar. Ini satu perkembangan yang baik untuk semua kerana saringan dapat dilakukan dalam skala yang besar dan membantu pengesanan dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun ujian PCR masih lagi dikatakan sebagai Gold Standard untuk diagnostik.

Pembangunan mesin ini telah meningkat ketika ini di mana terdapat sekurang-kurangnya dua universiti di Singapura telah terlibat di dalam menghasilkan breathanalyzer masing-masing.

Saya seorang positif covid dan tiada simptom yang teruk. Bagaimana saya monitor tahap kesihatan saya?

1. 18/5/2021 saya buat ujian PCR di sebuah klinik swasta dan saya di dapati positif dengan Ct value melebihi 30 ( max 35 ).

2. Saya pernah mengalami shortness of breath, muslce aches, runny nose dan headache dan saya cepat2 ambil ubat untuk minimise gejala dan alhamdulillah saya pulih seperti sedia kala.

3. Saya sentiasa akan pastikan alat ukur tekanan darah dan pulse oxymeter sentiasa berfungsi dan saya akan monitor kadar bacaan darah dan oksigen saya setiap sejam sekali.

4. Saya juga akan membuat physical examination ke atas diri saya untuk menilai jika terdapat sebarang abnormalities.

5. Saya juga akan pantau kadar heart rate saya dan juga paru2 saya melalui steteskop untuk mendengar samada lungs saya clear atau tidak.

6. Saya sentiasa pakai mask dan jaga jarak serta cuci tangan saya.

7. Ingat lah saya pesakit covid yang tiada symptomes @ aysmptomatic tetapi saya sebenarnya telah di jangkiti. Varian kali ini sangat ganas.

8. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt saya tidak mengalami sebarang komplikasi

9. Saya sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala (RP, LFT,UFEME,Stress Test, etc).

10. Patuh SOP dan sentiasa monitor tahap kesihatan anda.

Kes Covid-19 Tinggi

Pada 7 Mei 2021, saya ada melaporkan jumlah kes COVID-19 yang dirawat di ICU termasuk yang disahkan (confirmed), dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan (suspected and probable) telah mencecah lebih 500 kes, yakni jumlah tertinggi semenjak pandemik ini bermula.

Kes-kes “suspected” dan “probable” COVID-19 juga perlu dirawat dengan menggunakan tatacara pencegahan dan kawalan infeksi yang sama seperti kes-kes positif COVID-19 di ICU / katil kritikal.

Pada hari ini, jumlah kes dirawat di ICU telah pun mencecah 641 kes. Ini termasuk 469 kes disahkan COVID-19 di mana 244 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes-kes ICU ini bukanlah angka statistik semata-mata. Setiap satu daripadanya adalah seorang ayah, ibu, abang, kakak, adik atau sahabat karib seseorang.

Banyak wad ICU kita telah penuh dengan pesakit COVID-19 dan hospital telah menukar fungsi (repurpose) lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa menjadi ICU.

Di musim perayaan ini, saya menyeru kita terus istiqamah mematuhi semua SOP dan beraya dengan cara sederhana dalam keluarga kecil kita sahaja. Aktiviti ziarah juga tidak dibenarkan.

Lindungilah ahli keluarga kita yang tersayang, terutamanya warga emas, kanak-kanak dan ibu mengandung daripada risiko jangkitan virus ini.

Menyelamatkan nyawa itu lebih penting dalam situasi seperti ini. Semoga kita dipanjangkan umur dan bersua kembali dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan, Insya Allah.

Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Apakah punca berlakunya peningkatan kes #COVID19 di Malaysia dan seluruh dunia?

1. Kelesuan pandemik (pandemic fatigue) di seluruh dunia menjadi salah satu penyebab peningkatan kes akhir-akhir ini. Masyarakat mulai lesu, lalu alpa dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setelah program imunisasi COVID-19 mula diperkenalkan bermula hujung tahun 2020.

2. Selain itu, kelonggaran beberapa perintah larangan termasuk pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi, pembukaan semula sempadan-sempadan negara, penganjuran perhimpunan
beramai-ramai telah menyebabkan kes COVID-19 meningkat secara mendadak di kebanyakan negara. Situasi ini menjadi lebih membimbangkan dengan kemunculan mutasi baharu virus
SARS-CoV-2.

Situasi yang sama dapat dilihat di Malaysia sejak awal bulan April 2021. Malaysia mencatatkan pertambahan sebanyak 61,984 kes baharu dan 235 kes kematian COVID-19 dalam masa 4 minggu. Seperti diketahui umum, peningkatan kes baharu dan kematian yang mendadak ini telah meningkatkan bebanan sektor kesihatan negara.

Susulan itu, kapasiti hospital telah ditingkatkan dan lebih ramai petugas kesihatan telah dimobilisasikan ke kawasan-kawasan wabak bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

Menurut statistik yang dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan, kadar penggunaan katil kritikal /ICU COVID-19 terkini didapati melebihi 70 peratus di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Apakah tindakan KKM bagi mengawal penularan jangkitan yang semakin kritikal ini?

1. Survelan genomik giat dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap lebih banyak sampel kes COVID-19. Menerusi aktiviti ini sebanyak tiga (3) Variant of Concern (VOC) iaitu varian B.1.351, B.1.1.7, dan B.1.1.28 dan satu Variant of Interest (VOI) iaitu B.1.617.1 telah dikenalpasti;

2. Kawalan sempadan negara telah diperketatkan dengan menyekat kemasukan pengembara bukan warganegara dari India dan memanjangkan tempoh kuarantin menjadi 14 hari kepada pengembara dari negara-negara yang melaporkan penularan tempatan VOC;

3. Kawalan sempadan daerah dan negeri diperketatkan melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara. Merentasi sempadan adalah bagi tujuan tertentu sahaja dan perlu mendapat kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membuat perjalanan;

4. Mempertingkatkan kapasiti hospital dan ICU;

5. Melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa 2;

6. Menggiatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP dengan bantuan pelbagai agensi seperti PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Dewan Bandaraya, dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

7. Memperkasa komuniti dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 di seluruh negara dengan melancarkan Agen Basmi Covid-19 (ABC-19);

8. Melancarkan Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia bagi merangka strategi intervensi bersasar dengan berpandukan ramalan ‘hotspot’. Intervensi yang dijalankan boleh dijalankan di lokaliti setempat, daerah, mukim, bahagian, sebahagian daripada negeri ataupun keseluruhan negeri.

Selain itu, KKM juga ingin menyeru semua penduduk Malaysia supaya bersama-sama menggalas tanggungjawab dalam membendung penularan COVID-19 di Negara kita dengan memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bersatu padu tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak dalam menghadapi ujian ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply