DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Breathalyser Kesan Covid-19

Breathalyser Kesan Covid-19

Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura baru sahaja meluluskan bersyarat peranti breathalyser kedua buatan syarikat Singapura bernama TracieX.

Peranti ini dikatakan boleh mengesan partikel VOC yang terhasil daripada jangkitan C19. Ia akan dikesan oleh breathalyser ini dalam masa dua minit.

Kajian telah dilakukan pada beribu-ribu rakyat Malaysia atau perseorangan yang melalui pintu masuk antarabangsa Tuas ini dikatakan boleh setanding seperti Ujian PCR. Ia mempunyai 95% sensitiviti dan 99% kejituan.

Ia juga murah dalam USD20 atau sekitar RM90 dan sangat pantas. Pejam kelip dah siap.

Alat ini boleh membantu di dalam aktiviti saringan seperti mereka yang ingin keluar/masuk negara atau saringan dalam program-program perhimpunan yang besar. Ini satu perkembangan yang baik untuk semua kerana saringan dapat dilakukan dalam skala yang besar dan membantu pengesanan dengan lebih pantas. Walau bagaimanapun ujian PCR masih lagi dikatakan sebagai Gold Standard untuk diagnostik.

Pembangunan mesin ini telah meningkat ketika ini di mana terdapat sekurang-kurangnya dua universiti di Singapura telah terlibat di dalam menghasilkan breathanalyzer masing-masing.

Sumber
The Straits Times.

Leave a Reply

%d bloggers like this: