Buah Bambangan Hapus Kanser ?

buah bambangan

Buah bambangan hapus kanser atau dipanggil juga buah mambangan adalah sejenis mangga atau mempelam liar banyak tumbuh di hutan Sabah. Buah bambangan juga dipanggil buah mawang.

Bambangan atau nama saintifiknya ‘mangifera pajang’ adalah dalam keluarga mangga tumbuh liar di hutan di Kepulauan Borneo, terutama di Sabah.

Bambangan magnifera pajang, berbeza dengan asam kumbang atau nama saintifiknya, magnifera quadrifida yang terdapat banyak di Semenanjung.

Musim Buah Bambangan

Musim buah bambangan adalah pada September atau Oktober dan ia selalunya digunakan oleh masyarakat Sabah dalam masakan kari, jeruk serta sambal. Pokok bambangan tinggi dan buah bambangan gugur sendiri apabila matang. Kulit buah mambangan berwarna coklat, manakala isinya berwarna kuning terang.

Haruman buah bambangan yang sudah masak ini cukup kuat sekali. Sunggupuh kulitnya belum dikopek, haruman buah yang sudah masak boleh dihidu tatkala masih berada jauh darinya. Harumannya akan berikan kepuasan kepada siapa-siapa saja yang menikmatinya.

Rasa buah bambangan masam dan manis mengikut jenisnya. Kalau buah bambangan jenis manis memang boleh terus dimakan. Ada juga yang memakan buah ini dengan mencecahnya dengan kicap, garam atau sambal. Jika jenis masam pula biasanya dibuat jeruk. Bagi peminat jeruk, bambangan jenis manis pun boleh dijeruk juga.

Buah bambangan kaya dengan serat, tinggi kadar vitamin C, beta karoten dan anti oksida. Kajian saintifik mendapati ekstrak buah bambangan mampu membunuh sel kanser payudara.

Buah Bambangan Hapuskan Sel Kanser Payudara

Batu Pahat: Seorang saintis Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), dekat sini, berjaya menemui ekstrak daripada sejenis mangga liar dikenali buah bambangan yang mampu membunuh sel kanser payudara. Hasil kajian Prof Madya Dr Mohd Fadzelly Abu Bakar juga mendapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mampu dimusnahkan dalam tempoh 72 jam apabila ekstrak biji bambangan didedahkan kepada sel berkenaan, manakala kesan tindak balasnya boleh bermula dalam tempoh 48 jam.

Lebih membanggakan apabila kajian oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Warisan, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan UTHM itu sudah diterbitkan dalam jurnal antarabangsa tersohor berpangkalan di United Kingdom (UK), Food and Chemical Toxicology (FCT). FCT memuatkan hasil kajian baharu berimpak tinggi dalam bidang makanan, perubatan dan kimia dari pakar seluruh dunia.

FAKTA BUAH BAMBANGAN

Bambangan atau nama saintifiknya ‘mangifera pajang’ adalah dalam keluarga mangga, berasal dari Kepulauan Borneo dan tumbuh liar di hutan. Bambangan magnifera pajang, berbeza dengan asam kumbang atau nama saintifiknya, magnifera quadrifida yang terdapat banyak di Semenanjung. Musim buah berkenaan adalah pada September atau Oktober dan ia selalunya digunakan oleh masyarakat Sabah dalam masakan kari, jeruk serta sambal.

Ketika ditemui BH, Dr Mohd Fadzelly berkata, kajiannya bermula 2005 lagi ketika beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selepas tertarik dengan buah bambangan yang banyak di Sabah serta Kepulauan Borneo. “Apabila mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) di University of Nottingham, UK bermula 2006. Saya membawa ekstrak bambangan dari Malaysia untuk projek tiga tahun.

Hasilnya amat menakjubkan apabila ekstrak dari biji buah itu mampu memusnahkan sel kanser payudara. “Apabila sel kanser dibiakkan dan ekstrak biji bambangan diletakkan padanya, seawal tempoh 48 jam didapati sel kanser payudara dapat dibunuh. “Lebih menarik, dalam jam ke-72, didapati hampir 90 peratus populasi sel kanser payudara mati,” katanya. buah bambangan hapus kanser

INFO BUAH BAMBANGAN

  • Pokok tinggi, buah gugur sendiri apabila matang
  • Kulit coklat, isi kuning terang
  • Rasa masam manis, punya serat banyak, kasar
  • Isinya tinggi Vitamin C, beta karoten, anti oksida
  • 0.5 hingga 1kg berat sebiji buah bambangan.
  • RM93,200 geran disalurkan KPT untuk kajian lanjut.

sumber : Jom Kongsi Resepi

PETUA ORANG² DULU TENTANG KEGUNAAN BUAH MENGKUDU*

BETIS KERING BERSISIK DAN TUMIT KAKI MEREKAH*

Ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian kaki yang bersisik dan merekah. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan air suam. Buat beberapa kali hingga kaki kering bersisik dan merekah
tumit tu hilang.

2. MEREDAKAN BATUK

Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam kesan nye gatal² di tekak, serak dan batuk akan hilang.

3. DEMAM

Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam. InshaaAllah demam akan beransur kebah

Orang dulu memang power kalau bab perubatan dan kesihatan, jom baca sikit kenapa buah mengkudu nih bagus untuk masalah darah tinggi dan tips lain pasal buah nih. buah bambangan hapus kanser

PENYAKIT DARAH TINGGI

Perah air buah mengkudu yang masak. Campurkan air perahan dengan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Ulangi amalan ini sekiranya keadaan darah tinggi meningkat semula.

BETIS KERING BERSISIK DAN MEREKAH TUMIT KAKI

Walaupun kedua jenis penyakit ini tidak menyakitkan penghidapnya tetapi ia amat memalukan terutamanya kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan penyakit ini, ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian yang berpenyakit. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuhlah dengan air suam. Lakukan amalan ini beberapa kali sehingga tanda kering bersisik dan merekah tumit hilang.

MEREDAKAN BATUK

Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam dan dalam masa yang tidak lama gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.

PENYAKIT KUNING

Dua biji buah mengkudu yang telah masak diperah airnya dan dicampurkan sedikit gula batu. Airnya diminum dan lakukan 2 kali seminggu sehingga penyakit kuning hilang.

DEMAM

Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam.

MENGECUTKAN RAHIM

Daun mengkudu dibalut pada tungku yang telah dipanaskan sebelum dibungkus dengan kain untuk bertungku. Amalan ini boleh mengecutkan dan ‘menaikkan’ rahim ibu selepas bersalin.

POKOK KADUK

Boleh digunakan dlm masakan lemak udang atau ketam. Daun kaduk boleh direbus dan cicah belacan. Air rebusan akar pokok kaduk boleh melawaskan/ melancarkan air kecil/ kencing. Air rebusan daun kaduk boleh merawat demam malaria, melegakan batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal2 tulang. Daunnya jg boleh ditumbuk utk ubat panau dan kurap.

sumber : petuabonda

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply