Buah Betik

buah betik

Buah betik memang banyak zatnya serta berkhasiat. Antara khasiat yang paling ‘popular’ adalah untuk mengubati rabun mata. Entah benar ataupun tidak saya kurang pasti. Tetapi jika dirujuk pada bahan bacaan yang berkaitan, memang ada benarnya. Ok jom baca sikit manfaatnya di bawah.

KHASIAT BUAH BETIK

  1. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
  2. Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam.
  3. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
  4. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
  5. Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
  6. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
  7. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit.
  8. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
  9. Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
  10. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium.

Buah Betik Jadi Ubat

  1. Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.
  2. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
  3. Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi.
  4. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
  5. Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak.
  6. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
  7. Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan.
  8. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
  9. Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.

Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Mengubati sakit-sakit otot

Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.

Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kekedutan

Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.

Mengubati tumit pecah-pecah

Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.

Dijadikan Ulam-ulaman

Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.

Sesual untuk merawat Hemoroid

Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Kaya dengan vitamin c

Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.

Kaya dengan vitamin A

Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.

Biji Betik

Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata punya pelbagai manfaat. Salah-satunya, untuk menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di usus dan hati kita.

Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat lapan kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik bahkan mampu melindungi buah pinggang dari racun yang mencetuskan problem buah pinggang gagal berfungsi.

Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam bersarang dalam pencernaan.

Doktor Wahyu Triasmara, dalam Club Diet Sihat Bersama dr. Wahyu Triasmara
– DRW, di Facebook pada 28 Februari 2015, menjelaskan,
biji betik juga mengandungi zat antikolesterol yang hebat. Mengambil biji buah betik juga bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah.

Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik

secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

Dengan adanya kandungan ekstrak tersebut, biji betik ini mempunyai kesan hipolipidemia dan antioksidan dalam darah yang luar biasa.

Kesan hipolipidemia ini, sangat berguna bagi terapi alternatif hiperlipidemia yang disebabkan adanya lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

Adapun, saponin yang ada dalam biji betik, bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu.

Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah. Kandungan Fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit.
Sementara Flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas, “jelasnya.

Lalu, bagaimana cara untuk boleh memakan biji betik yang menyihatkan itu? Ada dua cara. .
Pertama, biji betik itu diblender dan disajikan seperti kita membuat jus. .
Kedua, dengan mengeringkannya, dan mengisarnya kemudian menyediakannya seperti kita membancuh kopi.

Untuk cara kedua, begini langkah yang perlu dilakukan.

1. Cuci biji betik, lantas jemur 2-3 hari.
2. Setelah kering, blender / tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk.
3. Ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat.
(Atau boleh dibuat Jus langsung campur buah betik dengan bijinya dan minum 1-2 gelas jus biji betik tersebut setiap hari).

Buktikan dalam 14 hari pencernaan anda makin sihat tubuh makin segar. Kata doktor Wahyu: “Saya dan keluarga sudah mencubanya, orang tua saya yang sebelumnya kolesterol 270, dalam 10 hari menjadi 170.
Pesakit saya pun telah melaksanakan kaedah ini. Selamat dan semula jadi …,

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply