DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Buah Kulim Bagus Untuk Rawatan Buasir Kencing Manis

Buah Kulim Bagus Untuk Rawatan Buasir Kencing Manis

Buah kulim BUAH DIPILIH DAN DICUCI BERSIH SEBELUM DIJUAL. BUAH KULIM/ BAWANG HUTAN. Antara khasiat buah kulim ialah, ia dikatakan boleh merawat penyakit buah pinggang, batu karang, kencing manis, melawaskan kencing,menurunkan paras kolestrol dan menyegarkan badan.

Sejarah Buah

Buah ini adalah sejenis buah yang paling jarang ditemui. Ia hanya terdapat di dalam hutan dan dipercayai ia mula-mula dijumpai di Kulim, Kedah. Sempena dengan penemuan itulah, buah ini disebut sebagai buah kulim. Ia juga disebut sebagai Bawang Hutan (Jungle Garlic) oleh orang peribumi. Namun, nama saintifiknya adalah Scorodocarpus Borneensis Becc.

Ia bersaiz antara sebesar buah pinang dan sebesar penumbuk orang dewasa. Ia mempunyai lapisan luar bertempurung dan isirung yang padu didalamnya. Bau isinya seperti bau bawang putih, malah lebih menyengat daripada bawang putih.

Orang peribumi menggunakan buah ini sebagai perasa di dalam masakan mereka dan kulitnya dijadikan sebagai bahan unik dalam memanggil ikan masuk ke dalam bubu (sejenis perangkap ikan).

Pokok Kulim

Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian.
Pokok Kulim merupakan pokok malar hijau bersaiz serdahana hingga saiz besar. Mempunyai ketinggian antara 40 hingga 60 meter. Garis pusat pokok kulim adalah antara 80 cm hingga 150 cm.

Di Sarawak, pucuknya dimakan sebagai ulam. Buahnya boleh di makan dan kadang-kala digunakan sebagai pengganti bawang putih. Buah dan rebusan kulit kadang kala digunakan bagi merawat keracunan “”antiaris”” (Antiaris toxicaria Lesch.). Hasilan dari buahnya menunjukkan aktiviti antimicrobial.

Kayu pokok kulim digunakan bagi pembinaan serdahana berat hingga berat dikawasan terlindung (contoh: alang, tiang, pintu, rangka tingkap dan lantai), pembinaan jambatan, pasak di kawasan air masin (dengan kulit dikekalkan), lunas kapal, tiang lombong, tiang eletrik, perkakasan ladang, dan lapik landasan kereta api sementara.

Pokok kulim memiliki pertumbuhan yang perlahan. Di Semenanjung Malaysia, pertumbuhan tahunan keratan rentas (diameter) adalah antara 0.2 – 0.3 cm sahaja. Pokok terbesar di Semenanjung Malaysia yang berusia 30 – 33 tahun berukuran keratan rentas antara 18 – 29 cm dan setinggi 18 – 21 m. Pokok Kulim menghasilkan kayu keras berat serdahana hingga berat dengan kepadatan isipadu 645 – 1080 kg/m pada kandungan kelembapan 15%.

Manfaat Kapsul

ALHAMDULILLAH. WALAUPUN IA HANYA PETUA LAMA, RAMAI PESAKIT KENCING MANIS, DARAH TINGGI, BUAH PINGGANG, RESDONG, BUASIR, JERAWAT, BISA-BISA BADAN, KEBAS-KEBAS DAPAT KHASIAT DAN MANFAATNYA

Buah Kulim adalah sejenis buah yang paling jarang ditemui. Ia hanya terdapat di dalam hutan dan dipercayai ia mula-mula dijumpai di Kulim, Kedah. Sempena dengan penemuan itulah, buah ini disebut sebagai buah kulim. Ia juga disebut sebagai Bawang Hutan (Jungle Garlic) oleh orang peribumi. Namun, nama saintifiknya adalah Scorodocarpus Borneensis Becc.

Khasiat Buah Hutan

  1. Kencing Manis. Ia menstabilkan dan menurunkan gula dalam darah. Membantu mempercepatkan pemulihan luka akibat kencing manis.
  2. Darah Tinggi. Merawat sakit darah tinggi. Jika sebelum ini bila anda salah makan, kepala akan sakit berdenyut. Amalkanlah kapsul buah kulim ini. InsyaAllah ia tidak akan berulang lagi.
  3. Membuang Kolesterol. Kolesterol amat merbahaya. Ia mampu untuk menghalang aliran darah berjalan dengan baik.
  4. Resdong. Setiap pagi anda akan bersin dan gatal-gatal dibahagian wajah. Jika terhidu habuk walau sedikitpun, hidung anda akan berair dan mudah dijangkiti selsema. Kapsul buah kulim akan dapat membantu anda.
  5. Buah Pinggang. Mampu membantu dalam penurunan ‘index creatinine’, mencuci darah, mencairkan darah, membuang toksin. Menjadikan anda lebih bertenaga dari biasa. Amalkan kapsul buah kulim ini sebelum index creatinine meningkat dan terpaksa menjalani rawatan dialisis. Pesakit ‘buah pinggang bocor’ juga amat baik mengamalkan kapsul buah kulim ini.
  6. Buasir juga mampu dipulihkan melalui petua amalan memakan kapsul buah kulim ini.
  7. Jerawat. Kulit muka anda menjadi gebu dan jerawat akan pudar. Darah dibersihkan secara semulajadi.
  8. Menghilangkan bisa-bisa badan dan kebas-kebas dibahagian kaki dan tangan.
  9. Gout. Membantu menghilangkan penyakit gout, insyaAllah.
  10. Menganjalkan Payudra. Bagi yang berusia, pyudra akan menjadi kurang anjal. Amalkan kapsul buah kulim ini, ia akan membantu menganjalkan kembali pyudra anda.

Testimonial

“Mak saya kencing manis stable antara 6 -7. Ayah saya gout ada kurang bengkaknya. Abang saya baru makan dalam sebulan, gout kurang dan badan rasa segar” – Pn. Aslina, Singapore.

“Luka akibat terpijak tulang ayam kian membesar kerana saya ada kencing manis. Ia merebak amat pantas. Setelah menggunakan kapsul buah kulim ini, luka mengering dan kulit mulai tubuh. Kini sudah sembuh sepenuhnya dalam masa 2 bulan” – En. Bahrom, Teluk Intan, Perak.

“Saya pergi bekam 2 hari lepas. Dia heran tengok darah dah cair, tak pekat dan berkilat macam sebelumnya. Dia tanya, demo makan ubat pencair darah ke? Alhamdulillah, nampak kesan kulim” – Cikgu Kamal, Kota Bharu, Kelantan.

“Mak dah guna 6 botol, alhamdulillah, kini darah tinggi mak dah OK” – Ezhan, Banting, Selangor.

“Saya berumur 60 tahun dan mengidap kencing manis dan menggunakan insulin 4 kali sehari. Setelah mengamalkan kapsul buah kulim ini, insulin dapat dikurangkan kepada 2 kali sehari sahaja. Sakit pinggang saya juga berkurangan. Sejuk dan kebas kaki juga beransur hilang” – Dr. Ahmad Suhaimi, Tanjung Malim, Perak.

“As’salam En. Nasir, tq very much suggest kapsul buah kulim. Suami saya makan tak sampai seminggu, sakit buah pinggang dia dari stage 3 turun ke stage 2. Alhamdulillah. Hope suami saya cepat sembuh. Tq very much” – Pn. Zuraida, Kluang, Johor.

Khasiat Buah Kulim

  • Membuang toksin dan mencuci darah secara semulajadi. Darah akan menjadi lebih cair dan cantik.
  • Sangat berkesan bagi mengawal kencing manis, darah tinggi, gout, menghilangkan buasir dan jerawat.
  • Membantu pesakit buah pinggang dalam menurunkan index kekotoran darah (creatinine).
  • Mampu menghilangkan bisa-bisa badan yang berpunca dari darah yang kotor.
  • Menambah tenaga untuk bekerja seharian tanpa ada rasa keletihan.
  • Menguatkan sistem imunisasi.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengurangkan sakit sendi, lutut dan kepala.
  • Mengurangkan penyakit asma kronik.
  • Mengurangkan kadar gula dalam darah.
  • Mencerahkan dan menggebukan wajah.
  • Mengurangkan jerawat dan jeragat.
  • Melancarkan sistem pencernaan.
  • Mengurangkan kolestrol.
  • Mampu menganjalkan aset wanita.

Cara Penggunaan Buah Kulim

1. Ambil 1 biji buah kulim, pecahkan tempurungnya,ambil isi didalamnya dan potong kecil. Rebuskan bersama 4 cawan air.Didihkan sehingga air menjadi setengah. Kemudian tapis dan sejukkan.Biasanya diminum 2 kali sehari. Air lebihan minum boleh disimpan didalam botol dan simpan didalam peti ais. (TUTUP RAPAT BOTOL UNTUK MENGELAKKAN PETI AIS BERBAU)

2. Pecahkan tempurung, ambil isi dan hiris nipis, Jemur hingga kering . Rendamkan kepingan buah kulim yang sudah kering kedalam air panas/suam, biarkan sejuk dan minum seperti minum teh.

3. Untuk rawatan buasir, bakar buah kulim bersama tempurungnya sehingga panas, kemudian balut kedalam kain dan tuam di tempat buasir.(seperti bertungku).

4. Bagi yang tidak boleh minum air buah kulim secara terus, bolehlah dimasak dan dimakan bersama nasi.

Menu Masakan Sedap Buah Kulim

  • Dibuat sambal tumis,
  • Direbus bersama ikan dan asam keping,
  • Ditumbuk dan ditumis untuk menggoreng nasi,
  • Dibuat masak lemak.
  • Pucuk muda pokok kulim dijadikan ulam.

Leave a Reply

%d bloggers like this: