Buah Mengkudu Rupanya Bagus Untuk Masalah Darah Tinggi

Buah Mengkudu Rupanya Bagus Untuk Masalah Darah Tinggi

Orang dulu memang power kalau bab perubatan dan kesihatan, jom baca sikit kenapa buah mengkudu nih bagus untuk masalah darah tinggi dan tips lain pasal buah nih.

1. PENYAKIT DARAH TINGGI

Perah air buah mengkudu yang masak. Campurkan air perahan dengan madu lebah dan diminum setiap pagi sebelum sarapan selama seminggu. Ulangi amalan ini sekiranya keadaan darah tinggi meningkat semula.

2. BETIS KERING BERSISIK DAN MEREKAH TUMIT KAKI

Walaupun kedua jenis penyakit ini tidak menyakitkan penghidapnya tetapi ia amat memalukan terutamanya kepada kaum wanita. Untuk menghilangkan penyakit ini, ambil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian yang berpenyakit. Biarkan selama 15 minit. Kemudian basuhlah dengan air suam. Lakukan amalan ini beberapa kali sehingga tanda kering bersisik dan merekah tumit hilang.

3. MEREDAKAN BATUK

Buah mengkudu yang masak dimakan bersama garam dan dalam masa yang tidak lama gatal-gatal di tekak, serak dan batuk akan hilang.

4. PENYAKIT KUNING

Dua biji buah mengkudu yang telah masak diperah airnya dan dicampurkan sedikit gula batu. Airnya diminum dan lakukan 2 kali seminggu sehingga penyakit kuning hilang.

5. DEMAM

Sebiji buah mengkudu direbus bersama satu inci lengkuas dalam dua gelas air. Teruskan merebus sehingga air rebusan menjadi satu gelas. Air rebusan diminum pada sebelah pagi dan malam.

6. MENGECUTKAN RAHIM

Daun mengkudu dibalut pada tungku yang telah dipanaskan sebelum dibungkus dengan kain untuk bertungku. Amalan ini boleh mengecutkan dan ‘menaikkan’ rahim ibu selepas bersalin.

7. POKOK KADUK

Boleh digunakan dlm masakan lemak udang atau ketam. Daun kaduk boleh direbus dan cicah belacan. Air rebusan akar pokok kaduk boleh melawaskan/ melancarkan air kecil/ kencing. Air rebusan daun kaduk boleh merawat demam malaria, melegakan batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal2 tulang. Daunnya jg boleh ditumbuk utk ubat panau dan kurap.

sumber : petuabonda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.