DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Jenis Buasir Dan Rawatan Yang Berkesan

Jenis Buasir Dan Rawatan Yang Berkesan

Jenis Buasir adalah penyakit yang sering berlaku ia boleh terjadi tidak kira faktor umur atau mana-mana individu. Buasir dikaitkan apabila kita meneran dan sembelit ketika membuang air besar. Rektum dan dubur menyebabkan pembengkakan dan pembesaran.

Buasir ialah salur darah vena yang membesar di bahagian permukaan bawah rektum dan dubur. Jika berlakunya radang atau bengkak masalah yang lebih besar akan terjadi. Buasir terbahagi kepada 2 bahagian iaitu  dalaman dan  luaran.

BUASIR DALAMAN

Salur darah vena yang membengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit  akan mengadu terjadi pendarahan setelah membuang najis tanpa merasa sakit.

BUASIR LUARAN

Salur darah vena yang membengkak di luar kulit dubur. Pesakit akan mengadu berasa sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Terasa tidak selesa, panas dan terasa amat pedih. Sakit yang kuat apabila salur darah terumbat oleh darah beku.

7 GOLONGAN BERISIKO MENDAPAT BUASIR

  1. Selalunya terjadi kepada orang dewasa yang berumur 30 tahun ke atas.
  2. Wanita mengandung semasa peringkat akhir kandungan kerana pembesaran janin berlaku menyebabkan tekanan ke bahagian dubur dan perubahan hormon.
  3. Wanita berpantang juga di akhir waktu berpantang.
  4. Orang yang mempunyai masalah sembelit.
  5. Orang yang berdiri dalam tempoh waktu yang lama.
  6. Individu berlebihan berat badan.
  7. Orang yang selalu mengangkat benda berat.

TIPS MUDAH UNTUK PESAKIT BUASIR

  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.
  • Jika anda masih sembelit selepas mencuba tip-tip di atas, anda boleh minta pakar obstetrik anda untuk mempriskripsikan julap yang selamat diambil terutama semasa hamil.
  • Gunakan tandas pada satu jangka masa yang sama seperti apabila bangun pagi dan selepas meminum segelas besar air.
  • Elakkan makanan yang mengganggu sistem (pedas atau beralkohol) dan usus.
  • Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur.

RAWATAN HOSPITAL UNTUK BUASIR

Peringkat 1 ( Tahap 1)

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar. Buasir Tahap 1 dengan pendarahan akan diberikan ubat vasotopik dan dinasihatkan agar mengubah diet. Diet tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin tinggi serat amat baik bagi kesihatan. Suppositories juga biasa diberikan selain ubat Daflon yang berkesan. Pendarahan biasa berhenti selepas dua atau tiga hari.

Peringkat 2 ( Tahap 2)

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik dalam dubur. “Buasir Tahap 2 dengan pendarahan juga akan dirawat dengan kaedah sama. Bagaimanapun, oleh kerana pada tahap ini sudah ada jisim yang terlunjur keluar daripada dubur, prosedur yang dilakukan ialah rubber ligation, suntikan fenol dan photocoagulation.

Peringkat 3 ( Tahap 3 )

Keadaan yang sama seperti tahap 2, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya dapat ditolak dengan jari tetapi berasa sedikit sakit.

Peringkat 4 ( Tahap 4 )

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Merasa sangat sakit dan kemungkinan memerlukan pembedahan kecil untuk dilakukan. Buasir Tahap 3 dan 4 biasanya memerlukan rawatan pembedahan. Kaedah yang telah lama digunakan ialah haemorrhoidectomy sama ada secara terbuka atau tertutup“

Kaedah ini didapati sangat berkesan namun pesakit akan menghadapi kesan yang menyakitkan selepas pembedahan. Proses penyembuhan juga lambat dan biasanya mengambil masa sehingga tiga hingga empat minggu sebelum pulih sepenuhnya.

Kini terdapat inovasi terbaru dalam rawatan buasir yang dikenali sebagai PPH, iaitu dengan mengikat dan memotong buasir menggunakan alat seperti stapler yang berbentuk bulatan. Melalui kaedah ini, pesakit merasai sakit yang minimum atau tidak berasa sakit langsung serta tidak meninggalkan luka yang perlu dirawat. Pesakit boleh kembali melakukan tugas harian seminggu selepas rawatan.

Salam sejahtera, hari ni, saya nak share sikit beberapa maklumat pasal buasir nih. hoo, jom kita tengok info tentang bahaya buasir, macam biasa artikel masih lagi kopi teh dari orang lain. Jangan sampai buasir otak pulak ye

Bahaya Buasir

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis Buasir

  • Buasir dalaman – Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
  • Buasir luaran – Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Kategori Buasir

  • Tahap 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
  • Tahap 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur.
  • Tahap 3 – Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak pakai tangan.
  • Tahap 4 – Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu bedah kalau dah macam nie.

Sebab Utamanya Buasir

  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk
  • Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual

Tip-tip membantu masalah Buasir

  • Banyak meminum air sekurang-kurangnya 1.5 -3 liter sehari
  • Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Gunakan tandas pada masa yang ditetapkan seperti selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
  • Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
  • Apabila terdapat gejala-gejala tertentu (seperti darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur), berjumpalah doktor

Diet Elak Bahaya Buasir

  • Kalsium – bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.
  • Minyak Ikan – Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega-3 membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.
  • Zink – Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: