BUSINESSWOMEN – 3 Sebab Kenapa Wanita Kena Berniaga Walaupun Dah Kaya Raya

Satu perkongsian oleh lyna noh tentang business. Ok jom baca penerangan beliau. Sebab tuh kami nak jadi businessmen yang berjaya

Semalam saya ada share di FBLive tentang kenapa wanita mesti berbisnes walaupun dah kaya.

Saya rasa nak tulis lagi sekali. Mungkin ramai yg tak follow.

(1) Mengajar mengenal manusia.

Kita rasa kita kenal manusia dgn tengok mereka sekilas, atau dari apa yg mereka post di media sosial.

Tidak.

Kita akan kenal seseorang bila kita berurusan dgn mereka, terutama dalam bab yg melibatkan kepercayaan dan duit.

Bila kita buat bisnes, kita provide produk atau servis, in return customer beri duit. Bukan senang orang nak beri duit kepada orang lain kan?

Lagi-lagi bisnes yg melibatkan komunikasi yg banyak mcm kami. Kita kena kenal customer tu, apa masalah dia, apa isu dia, apa gaya hidup dia…

Bila kita betul-betul kenal sifat manusia, kita akan keluar dari pemikiran – semua orang aku judge.

Kita takde masa nak judge orang, kita akan jadi lebih empati. Dan membawa kita kepada perkara no 2…

(2) Mengajar berlapang dada

“Lapang dada”, cakap senang kan? Tapi nak lapang dada sikit punya susah, lagi-lagi zaman internet ni. Tengok orang lain ‘pelik’ dari kita je terus sesak dada kita ni. Yang tak sependapat apatah lagi! Semua nak hentam je.

Tapi in business kita belajar lapang dada.

Sebab tu org bisnes takde nak membawang dan kecam orang bukan-bukan.

Bukan sebab takde masa atau sebab takut customer lari.. tp kerana kami faham, manusia ada macam-macam dan kami terima dgn hati terbuka.

Walaupun kami sendiri pun kena kecam tp jgn risau, we understand where are they coming from. No prejudice.

(3) Mengajar agar tidak complacent

Kenapa Rasulullah kata, walaupun kiamat sedang berlaku, kalau ada anak kurma di tangan kita, kita kena tanam?

So that kita sentiasa in control dan tak complacent. Complacent tu apa? Rasa dah cukup bagus. Apa kita buat bila rasa cukup bagus? Samada tak buat apa-apa atau buat benda yg tak produktif, contohnya meneliti kehidupan orang lain bukan nak tolong tp nak kecam.

Dalam bisnes tak boleh mcm tu. Kena sentiasa improve & progress.

Suka tak tips ni? Kalau suka ketikla LIKE & SHARE ☺️ terima kasih!

Mommy Lyna
La Roca Village, Barcelona.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?