Bypass Pengalaman Pembedahan Pintasan

Bypass Pengalaman Pembedahan Pintasan

Bypass Pengalaman Pembedahan Pintasan Jantung Di IJN ? Oklah, untuk bab kedua artikel ini, saya memang akan terus refer kepada wikipedia, di sini memang terbaik, kalau anda nak faham lebih lanjut lagi, atau tanya terus doktor pakar.

Jadi boleh dikatakan, bypass di sini bolehlah diibaratkan seperti kita bypass laluan asal saluran darah ke jantung. Hahha, bayangkan jalan biasa dah tersumbat, jadi terpaksa buat satu jalan baru untuk ke jantung. Jadi kena ambil urat kaki, buat satu jalan baru ke jantung, seperti yang anda boleh tengok di bawah ini, gambar pun ambil dari wikipedia.

Oklah, untuk memahami langkah langkah pembedahan pintasan, saya dengan mudah terus sahaja baca yang di google, yang di bawah ini ialah hasil tangkapan dari monitor skrin saya, dan boleh baca terus di sini. Boleh dikatakan di sini, banyak pakar yang terlibat untuk memastikan pemebdahan pintasan selamat di jalankan. Alhamdulillah, IJN memang antara yang terbaik dalam melakukan pembedahan pintasan, dan biasanya berjaya. Itu kata dari bekas jururawat IJN sendiri, hehehe.

Boleh dikatakan sebenarnya ada juga dengan ayah mertua cerita yang dia dulu pernah rasa sakit badan , mula dari tahun 2006 kalau tak silap, sebab, saya pun menantu, yang lebih faham tentu sekali mak mertua saya dan adik beradik ipar yang lain. Jadi kalau diikutkan kronologinya lebih kurang macam ni, kalau salah, minta adik-beradik lain tolong betulkan

  • 2006 – Sakit Dada, Sesak Nafas – Itu yang berlaku, kalau dengar cerita dari mulut ayah mertua sendiri, itu yang saya faham, memang kalau ikutkan ayah memang jenis yang berjalan, buat kerja, dan dulu juga rajin berkebun, tapi mungkin kerana kesibukan kerja, ayah mertua dah mula rasa sakit-sakit, mungkin ingat itu sakit biasa-biasa sahaja
  • 2012 – Minor Stroke – Ianya terjadi, semasa ayah nak dalam perjalanan ke cameron rasanya, tiba-tiba kaki ayah cramp, dan check di hospital, doktor yang merawat ayah berkata ayah memang ada minor stroke, berlaku blocking di dalam salah satu urat, kerana ketebalan kolestrol, dan itu menyebabkan badan ayah sakit dan cramp. Kami balik melawat ayah di Putra Medical Centre. Biasalah nasib baik adik ipar dan suaminya ialah seorang doktor yang bertugas di Hospital Klang. Tapi masa ini, diorang baru je tamat pelajaran dan menunggu sahaja peluang kemasukan.
  • 2014 – Mac – Kena Denggi – Boleh dikatakan masa tu ayah cek ke DEMC, sebab rasa demam, lepas tu Dr yang merawat ayah tu kata, ayah kena refer terus ke IJN sebab memang ada sedikit minor stroke di situ. Jadi di IJN, memang ada block di saluran, dan saluran tu memang dah tersumbat habis, jadi yang terbaik ialah pembedahan pintasan atau bypass surgery.
  • 2014 -Mei – Ayah Selamat Menjalani Bypass Surgery -Alhamdulillah, dengar berita dari whatsapp, ayah selamat dan beransur pulih, dan sekarang ayah duduk rehat di ruma U12, sambil malam nanti bolehlah layan Kilauan Emas 4 peringkat akhir. Jadi, mak yang akan jaga diet permakanan ayah semasa berehat di sini.

Alhamdulillah, sekarang ini, ayah mertua hanya perlukan rawatan susulan dan kena jaga permakanan dan sentiasa membuat latihan kardiovaskular, supaya jantung ayah kuat. Setakat nih, oklah, ayah dah boleh solat jumaat di masjid, dan rileks rileks sahaja di rumah U12. Tapi untuk lebih tahu kronologi sakit ayah ni, boleh tanya terus PA mommy hadhatina iaitu saudiri Ainil Farhana anak manja. Bypass Pengalaman Pembedahan Pintasan

Nak sebut pasal layanan di sini, suasana di sini, itu kenalah tanya mak mertua saya, atau pun tanyalah adik beradik ipar saya yang lain, terutama en Fauzan yang menjaga ayah ketika ayah kena denggi. Jadi sebenarnya suasana di sini amat bagus, dan selesa, antara yang saya boleh katakan di di IJN ialah

  1. Masa melawat dari pukul 8 pagi hingga pukul 8 malam. Tetapi kanak-kanak hanya di benarkan melawat pada pukul 6 petang ke atas.
  2. Hanya seorang sahaja yang boleh duduk bersama pesakit setiap malam di IJN, biasanya mak dan fauzan yang biasa tidur di IJN ni
  3. Kafe dia biasanya buka hari biasa, hari ahad tutup, kalau nak layan kopi itu adalah kafe Gloria kat bawah itu, itupun selera barat.
  4. Ada hotel penginapan betul betul mengadap IJN, kat situlah adik beradik ipar lain tidur, sehari sebelum ayah mertua di bawa ke bilik pembedahan pada pukul 8 pagi
  5. Parking macam biasa kena jalan jauh sikit, tapi kalau ada RM 15, bolehlah terus ambil valet parking.
  6. Selain itu, ada macam-macam lagi kemudahan seperti ATM, surau,toilet, kedai mynews dan sebagainya.
  7. Nak ke IJN biasanya saya akan ikut jalan semarak, ikut dari belakang menggunakan lebuh raya DUKE melalui NKVE.
  8. Kalau nak makan sedap, bolehlah singgah di area kampung baru, atau area belakang Istana Budaya, ada makan sedap di sana.

 

Awas “Cardiac Arrest”

Artikel yg relevan dikongsi spt di bawah: Bypass Pengalaman Pembedahan Pintasan

BERHENTI BILA PERLU. JANGAN TERLALU NAK TUNJUK HEBAT BERSUKAN HINGGA TERKENA ‘CARDIAC ARREST’

Aktiviti sukan memang sangat bagus untuk kita amalkan bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat disamping meningkat stamina tubuh badan. Namun, ia boleh mengundang bahaya seperti ‘cardiac arrest’ jika kita tidak mengamalkannya dengan langkah yang betul. Anda tahu tak Apakah itu ‘cardiac arrest’?

Cardiac arrest ini adalah pembunuh senyap dan ia membunuh mereka yang tidak ada rekod sakit jantung sebelumnya. Ia berlaku bila sistem elektrik jantung tidak berfungsi (malfunction). Jantung dan nadi terhenti terus dan mangsa tidak memberikan respon. Rawatan segera WAJIB diberikan kerana jika lambat bantu maka jantung akan berhenti buat selama-lamanya.

Ia tak sama dengan serangan jantung (heart attack). Sama sekali berbeza. Serangan jantung berlaku bila saluran jantung tersumbat dan darah gagal dibekalkan untuk circulation. Orang yang kena serangan jantung boleh bercakap, ada nadi dan mampu beri respon. Manakala cardiac arrest berlaku bila sistem eletrik jantung terhenti sama sekali.

Orang yang kena cardiac arrest tidak boleh bercakap, tak boleh respon dan nadi tiada. Jantungnya perlu di pump semula samada menggunakan automated exterbal defribilator (AED) jika ada atau CPR sebagai bantuan awal utk kejutkan semula jantung yang dah terhenti. Sebab itulah semua ahli sukan wajib belajar CPR atau pengurusan tempat bersukan perlu ada AED sebagai first aid. Tak perlu jadi first aider bertauliah, cukup jika anda tahu melakukan CPR utk bantuan awal.

Tidak salah bersukan waktu malam dan tidak salah bersukan walau dah berumur tetapi pastikan anda faham waktu bila hendak berhenti. Juga pastikan badan anda tidak terlalu letih bekerja di siang hari dan bersukan dimalam hari seperti futsal, badminton, bola sepak atau gim.

Jika anda jarang bersukan dan tiba-tiba bersukan terlalu aktif atau agresif, maka anda mungkin gagal kawal jantung. Jangan samakan diri anda dengan ahli sukan aktif atau professional. Malah, ahli sukan professional juga ramai yang mati di padang akibat cardiac arrest.

Sebab itu perlunya sesiapa pun membiasakan melakukan latihan cardio, iaitu membiasakan jantung bergerak dengan laju dan berhenti apabila laju seperti tidak melebihi 145 beat per second (bps) ikut umur.

Cara mengawal pernafasan juga amat penting bila bersukan. Larian pecut atau mendaki atau kayuh basikal dgn kelajuan tinggi dalam masa singkat mampu membiasakan jantung anda bergerak laju. Namun, teknik pernafasan mestilah betul dan tidak panik bila penat atau tercungap.

Terus bermain selepas merokok adalah satu sebab diserang cardiac arrest. Tetapi punca utama cardiac arrest ialah tekanan darah terlalu tinggi ketika bersukan dan inilah yang ramai tidak tahu kerana tiada siapa yang ambil tekanan darah sebelum, sewaktu mahupun selepas bersukan.

Cardiac arrest juga sering menyerang di bilik air. Ramai sangka seseorang itu mati sebab jatuh bilik air (terutama orang tua). Tetapi sebenarnya matinya disebabkan cardiac arrest dan mangsa akan jatuh. Ini berlaku bila keadaan suhu badan berubah secara mengejut.

Ia akan menaikkan atau menurunkan tekanan darah secara mendadak terutama bagi pesakit jantung. Nabi juga ada mengajar apabila mulakan mandi, jangan terus disiram badan. Mulakan dari kaki untuk biasakan dengan suhu air, perlahan naik ke betis secara beransur-ansur dan seterusnya hingga mula basahkan kepala seperti biasa. Bukan terus terjah kepala dan seluruh badan.

Bersukan bagus, bersenam juga bagus, tetapi kena faham dgn kemampuan badan dan situasi. Warm up yang cukup, kawalan pernafasan yang baik, tidak mudah panik dan selalu lakukan latihan cardio amat penting. Warm up dan stretching dua benda berbeza.

Warm up dulu baru stretching kerana badan perlu dipanaskan dulu sebelum beraktiviti. Mitosnya yang jadi amalan ramai ialah stretching dikala badan belum dipanaskan. Boleh tapi tak betul dari segi teknik bersukan. Lihat pemain professional, mereka akan berlari keliling padang dulu, kemudian baru melakukan stretching untuk regangkan otot. Tapi ini bukan cara utama elak cardiac arrest.

Cara terbaik elak cardiac arrest ialah FAHAMI KEMAMPUAN anda. Jangan over dan kawal ego. Masalah utama orang bersukan ialah EGO. Masing-masing nak tunjuk hebat dalam permainan mahupun main gim sedangkan badan ketika iti tak mampu. Ingat, Cardiac Arrest datang tiba-tiba. Tiada cara boleh tahu bila ia datang dan siapa nak diserangnya atau berapa umur mangsa.

Semoga bermanfaat untuk semua terutama saya sendiri. Bypass Pengalaman Pembedahan Pintasan.kredit : Abd Khodir Ibrahim

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply